10 Perkara Menarik Tentang Hari Raya :)



Haip haip semua..mencelah keluar dari kebizian dan update blog sikit..


Amboi..semangat kau..raya ada la 2 minggu lagi gigih dah wat entry pasal raya..bia lah..ikut suka I oke :p hehe


Ini punca-punca nya kenapa Hari Raya disukai oleh semua orang :


1) Dulu masa kecik-kecik happy dan tak sabar nak raya sebab dapat set serba serbi baru..kasut baru..baju baru..dah besar-besar ini perasaan tu tak lah sehebat dulu..pastu yang mak-mak pulak nak langsir baru..sofa baru eh semua baru lah..hii..


2) Bila raya lah baru dapat bersalam dengan ahli keluarga...mohon ampun mintak maaf dekat mak ayah..kakak..nenek semua lah..tapi lepas mintak maaf tu rasanya tak sampai 5 minit dah buat salah balik kot kat diorang..haishh..tapi oke la kan dari tak langsung minta maaf..hehe..


3) Ini paling penting..makanan-makanan hari raya yang semua nya enak-enak belaka..kalau hari-hari biasa susah nak jumpa lemang,ketupat,kuih raya almond london, rendang bagai..ini lah waktu yang sesuai untuk melantak habis-habisan..haha..memang siapa yang nak diet time hari raya tu sangat malang lah..orang lain makan bagai nak gila kau dok melopong je..kesian :p


4) Lagu-lagu raya juga tak dilupakan..setahun sekali je lagu-lagu ni akan berkumandang di corong-corong radio atau tv..kalau siapa yang duduk di perantauan tu..memang dalam hati akan start jadi taman bunga walaupun se "kool" mana pun akhirnya jadi sedih juga sebab rindu kampung tak sabar nak balik beraya dengan keluarga..


5
) Bagi budak-budak..benda yang paling best masa hari raya mestilah duit raya..haha..kadang-kadang sampai berlumba-lumba duit siapa paling banyak..budak-budak pulak datang beraya kat rumah memang sah nak duit je..makannye tak duduk lama-lama minum air sampai kembung tunggu sampai tuan rumah bagi duit raya..pas bagi duit raya terus lesap..ada tu siap bawak uncang duit lagi untuk simpan duit raya takut tercicir..


6)
Tiap-tiap kali raya jugak yang best ialah siaran tv yang semua dok pakat tayang cerita+ filem yang best2 kat tv..sampai nak pergi berjalan raya rasa malas sebab nak duduk rumah tengok tv..iklan raya pun macam tu juga..dah nak dekat raya iklan-iklan raya berlambak-lambak keluar dekat tv..tapi yang menang mesti selalu nya Petronas sebab diorang selalu produce iklan yang sangat best dan menyentuh hati.. :)


7) Bagi mereka yang tinggal di bandar..masa raya ni lah semua orang akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sampai jem-jem jalan raya highway semua..ada setengah yang tunggu hari raya jelah baru nak balik kampung..dapat juga berkumpul semua sanak saudara..ini lah kebaikan hari raya bak kata orang memupuk ikatan silaturrahim gitu..hehe..



8) Musim raya ofcos la sinonim dengan mercun dan meriam buluh..kadang-kadang meriam buluh bukan golongan anak-anak yang main tapi ni golongan bapak2 yang jadi leader geng meriam tu..tapi memang gila lah bunyi meriam buluh tu memang kuat betul..boleh tercabut gegendang telinga..haha.tapi bahaya ni..nak main boleh..kasi can la..tapi mesti berhati-hati oke..kang putus jari beraya kat hospital..padan muka :p


9) Bila malam raya terutamanya kat kampung-kampung semua orang akan pasang pelita..panjut..cantik sangat..rasa meriah nak sambut hari raya ni..hehe..


10) Cukup-cukup lah bersuka ria..amal ibadat jangan dilupakan..pagi raya lebih elok jika kita pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri..dan lepas tu puas sudah melantak sini sana sampai berat naik 4-5 kilo..baik kita pergi puasa 6 pula..dapat pahala kan.. :p

p/s : wohoo..cukup lah 10..hehe..menghitung hari nak menyambut raya.. :)

9 Heart Beats:

echah mashuri said... [Reply to comment]

hahha...duit raya yg palin kutunggu:)

echah mashuri said... [Reply to comment]

hahha...duit raya yg palin kutunggu:)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

tu lah..tapi dah besar2 ni duit raya makin berkurangan lah..hehe

srijuju95 said... [Reply to comment]

duet raye ^^ . thn ni x leh rye sgt .
sri ad exam pmr :(
ngee ! kne harungi nya dlu ^^

Bit Zamri said... [Reply to comment]

semangat raya dah datang!!!
hhihih~ Xsabar nak makan ketupat!

Tomato Gurl's Life said... [Reply to comment]

tak sabar nak raya...yeah2 sok raya..(masa budak kecik..hehe)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

srijuju :ala..xpelah..study btl2 nanti dah abes boleh raya puas2..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

bit zamri :aah..omsick gila dah ni..nak balik..isk..

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

cik tom :haha..nada tu macam kenal..esok raya yey :p