Merdeka !



Wuhuu..


Setelah dua minggu berlelah-lelahan - eh ada ke word tu - ..sampai juga ke titik penghujung..yeh..saja je nak tayang yang aku dah habis exam..biar nak kasi jelous kat kau orang yang belum habis exam lagi ni.. he he :p


Yang dah lepas yang hancur lebur yang pecah berderai tu nak tak nak terima je lah dengan hati terbuka..tunggu je lah keputusan nya nanti macam mana..ada masa sebulan lebih nak berdoa banyak-banyak harap semua lulus pun dah syukur alhamdulillah..


Semester ni kemerdekaan tak disambut dengan meriah..pelan cuti-cuti malaysia pun terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tak mampu dielakkan..


Tak pe lah esok pulang ke Perak sudah..kepada rakan-rakan seperjuangan..selamat bercuti dan selamat berpraktikal..jadi lah pharmacist yang hebat okay..he he..


Bai Puncak Alam..!


7 Heart Beats: