7 Days Left..



As salam..




Maaf sebab lama tak menulis..serious sekarang busy teramat sangat-sangat sampai bukan setakat nak tulis entry..nak online facebook..twitter pun tak sempat..lagi-lagi nak berblogwalking..ampun ampun..




Tinggal lagi 7 hari berpuasa (itu pun kalau jadi raya hari selasa)..situasi ini sebenarnya tak begitu menggembirakan mak selaku tailor baju raya..banyak lagi baju tak siap ok..mak hari-hari pandang kalendar rasa cuak..resah campur gelabah sebab takut orang tak dapat merasa pakai baju baru masa hari raya..menangis pulak orang di pagi raya kan..sobs..




Situasi ini jugak tak menggembirakan saya sangat selaku assistant tailor (cewah)..sekarang dah rasa kebas-kebas tangan dan luka jari akibat lambakan baju yang teramat banyak yang perlu dijahit last-last minute..




Kadang-kadang rasa pelik jugak..ada sorang customer hantar 7 pasang baju hanya untuk dia sahaja untuk raya..pekehal banyak sangat..geram..kita ni jadi tukang jahit nak dapat baju raya sehelai pun susah sebab dok sibuk menyiapkan baju raya orang =.=




Moga semua dapat selesai sebelum raya..amin amin :)





6 Heart Beats:

Ezy Chiaki said... [Reply to comment]

insyaAllah sempat siap baju2 customer tu..
customer kaya sgt.. sbb 2 skli anta 7 psng baju.. hihikk

silverlocket said... [Reply to comment]

Mak kau baik sangat la terima tempahan banyak2. Kalau dorang nak cepat, sila naikkan harga baju kurung. Hehe.

Bebaru ni aku jumpa tailor yang charge RM220 untuk ready made baju kurung. Dia sediakan kain semua la. Orang Slim River je pon.

Anis izyan Abd Rahman said... [Reply to comment]

satu hari satu baju lettewww yg 7 pasang baju tuh , ko cilok ler satu , haha

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Ezy Chiaki

kaya sangat kot..7 hari raya 7 hari baju baru..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@silverlocket

amboi mahalnya 220..ish ish..


haha..mak aku jenis kesian orang pujuk dia amek je..nak naikkan harga pun kesian...lagi dia turunkan harga ade la..haha

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Anis izyan Abd Rahman

ahaha..xboleh cilok tak muat :D