Tips Jimat Minyak Masa Gawat (MESTI BACA)



1. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak,  lebih banyak minyak digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan minyak daripada dulu.



2. Jika anda melihat lampu isyarat bertukar merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga hujung jalan. Pijak brek perlahan-lahan agar kereta dapat berehat seketika dan menjamin ketahanan pad brek.



3.Tabiat mengekori kereta lain adalah suatu perkara yang patut dielakkan. Selain tidak selamat, ia membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak brek lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.



4. Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. 



5. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan Suruhanjaya Tenaga California.



6. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.



7. Jangan membeli makanan pada kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak daripada menggoreng ketulan ayam.



Saving money with gas, gas is a liquid gold




Source : Utusan Malaysia