New Job




Assalamualaikum.



Sudah hampir 2 bulan saya habis belajar dan hanya tunggu konvo sahaja dalam bulan November nanti. Dan 2 bulan juga lah saya dah bergelar part-timer penganggur.  Nasib saya baik sebab kebetulan sekolah menengah dekat-dekat dengan rumah nak guna cikgu ganti yang cuti bersalin. So dah rezeki apply terus dapat. Alhamdulillah.



Pertama kali dipanggil cikgu memang rasa awkward sungguh. Paling awkward bila kau kena bahasakan diri sendiri cikgu. Rasa pelik sangat. Tu pun sebab cikgu tak digalakkan untuk guna kata ganti diri "saya" semasa mengajar. Oh itu pun aku baru tahu.



After a month, I had learnt  a lot. Saya kena mengajar kelas paling hujung subjek Matematik. Itu lah perkara yang paling mencabar. Matematik subjek yang awak kena rajin buat latihan dan bertanya kawan-kawan/cikgu kalau awak tak paham. Tapi budak-budak bukan jenis macam tu. Setiap hari saya pening kepala macam mana nak mengajar Matematik dalam bahasa yang paling senang beserta contoh-contoh yang paling mudah orang nak paham. Sebab saya rasa benda tu senang tapi budak-budak ni susah nak paham :l



Sekarang baru saya tahu susah senang nya menjadi seorang cikgu. Dan saya sangat kagum dengan semangat semua guru di Malaysia terutamanya yang mengajar di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman (serious). Saya tak pernah bermimpi pun akan merasa jadi cikgu walaupun sekejap. Saya rasa saya bukanlah cikgu yang bagus, tapi saya dah cuba sedaya-upaya. 



Tinggal baki seminggu lagi untuk bekerja. Harap semua nya berjalan dengan lancar. Bye !



2 Heart Beats:

aneng hitchies said... [Reply to comment]

oleh itu barulah kita paham situasi sebenar seorang guru bila guru mengajar kita suatu tika dahulu . Good luck !

najwa cherel said... [Reply to comment]

susah kan?tp sstgh org x faham yg keje cikgu tu mcm mane. ape yg dorang nampak, keje half day n bnyk cuti, 2 je.