My C-Day



Konvokesyen bukan merasa selalu. Lepas kali terakhir aku konvo masa tamat tadika zaman dulu-dulu, semestinya konvokesyen UiTM kali ni amat ditunggu-tunggu. hehe



Walaupun kami sedikit hampa sebab tak dapat buat proper photoshoot sempena konvo, tapi at least nasib baik ada lah sikit-sikit gambar pre-convocation yang sempat disnap masa ambil jubah hari tu.










Di hari kejadian. Dan ada jugak kawan lama yang sudi datang my convo hari tu. Thanks Fatin ! :)





Most precious. First class is beyond my expectation pun. Aku bukan lah bright student sangat, dan this course is 'sungguh gila' (haha). Kadang-kadang rasa macam itu cuma luck je bila dapat Dean List. Entah lah. haha. Hem apa-apa pun, Alhamdulillah. My intention hanya satu. Semoga kejayaan ini dapat membanggakan my parents. That's all. Itu je lah cita-cita aku dari dulu sampai sekarang.







p/s : Saya dah berkerjaya sekarang. Government officer je pun. Bheh :p

Tak Paham




Abah aku sekolah hanya sampai Darjah 6. Tak dapat sambung belajar sebab masalah sekolah jauh dan tak ada pengangkutan. Tapi alhamdulillah dia tahu membaca, mengira, menulis semua dengan baik. 




Yang aku tak paham kenapa masih ada budak-budak sekarang dah sekolah sampai Tingkatan 5, termasuk tadika dah belajar lebih 12 tahun, sekolah dekat dengan rumah tapi masih ada yang tak tahu membaca/menulis. Aku pun tak tahu masalah nya kat mana. Tak budak tu sendiri, cikgu, sekolah atau sistem pembelajaran kita. Entah lah.








Be Thankful








Melihat gambar di atas buat saya tersenyum. Ada banyak perkara yang terbaik di sekeliling anda yang sama ada anda perasan atau tidak betapa perkara ini sangat membahagiakan/ menggembirakan anda. Dan yang paling penting semua ini adalah percuma. Ya percuma. Sekarang bayaran nak masuk tandas pun dah naik sampai 50 sen. hehe. Tapi lumrah manusia macam tu lah. Selalu susah nak bersyukur. Ada je yang tak kena kan?



Kita sepatutnya bersyukur sekiranya kita memiliki semua pakej percuma ini semua serbi lengkap (alhamdulillah). Sebab ada sesetengah kawan kita yang  keluarganya porak-peranda, hidup keseorangan tanpa kawan, kurang tidur dan semua lah.



Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ingatlah lebih ramai insan yang kurang bernasib baik dari kita (tiba-tiba teringat iklan BERNAS lakonan adik Ahmad dengan Fizi. Touching kan iklan tu? Sobs)






(Matured betul entry saya sekarang. Nak compare dengan first entry saya dulu-dulu, hadoyai hancur :P )




New Job




Assalamualaikum.



Sudah hampir 2 bulan saya habis belajar dan hanya tunggu konvo sahaja dalam bulan November nanti. Dan 2 bulan juga lah saya dah bergelar part-timer penganggur.  Nasib saya baik sebab kebetulan sekolah menengah dekat-dekat dengan rumah nak guna cikgu ganti yang cuti bersalin. So dah rezeki apply terus dapat. Alhamdulillah.



Pertama kali dipanggil cikgu memang rasa awkward sungguh. Paling awkward bila kau kena bahasakan diri sendiri cikgu. Rasa pelik sangat. Tu pun sebab cikgu tak digalakkan untuk guna kata ganti diri "saya" semasa mengajar. Oh itu pun aku baru tahu.



After a month, I had learnt  a lot. Saya kena mengajar kelas paling hujung subjek Matematik. Itu lah perkara yang paling mencabar. Matematik subjek yang awak kena rajin buat latihan dan bertanya kawan-kawan/cikgu kalau awak tak paham. Tapi budak-budak bukan jenis macam tu. Setiap hari saya pening kepala macam mana nak mengajar Matematik dalam bahasa yang paling senang beserta contoh-contoh yang paling mudah orang nak paham. Sebab saya rasa benda tu senang tapi budak-budak ni susah nak paham :l



Sekarang baru saya tahu susah senang nya menjadi seorang cikgu. Dan saya sangat kagum dengan semangat semua guru di Malaysia terutamanya yang mengajar di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman (serious). Saya tak pernah bermimpi pun akan merasa jadi cikgu walaupun sekejap. Saya rasa saya bukanlah cikgu yang bagus, tapi saya dah cuba sedaya-upaya. 



Tinggal baki seminggu lagi untuk bekerja. Harap semua nya berjalan dengan lancar. Bye !