Showing posts with label muhasabah... Show all posts
Showing posts with label muhasabah... Show all posts

Be Thankful








Melihat gambar di atas buat saya tersenyum. Ada banyak perkara yang terbaik di sekeliling anda yang sama ada anda perasan atau tidak betapa perkara ini sangat membahagiakan/ menggembirakan anda. Dan yang paling penting semua ini adalah percuma. Ya percuma. Sekarang bayaran nak masuk tandas pun dah naik sampai 50 sen. hehe. Tapi lumrah manusia macam tu lah. Selalu susah nak bersyukur. Ada je yang tak kena kan?



Kita sepatutnya bersyukur sekiranya kita memiliki semua pakej percuma ini semua serbi lengkap (alhamdulillah). Sebab ada sesetengah kawan kita yang  keluarganya porak-peranda, hidup keseorangan tanpa kawan, kurang tidur dan semua lah.



Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ingatlah lebih ramai insan yang kurang bernasib baik dari kita (tiba-tiba teringat iklan BERNAS lakonan adik Ahmad dengan Fizi. Touching kan iklan tu? Sobs)






(Matured betul entry saya sekarang. Nak compare dengan first entry saya dulu-dulu, hadoyai hancur :P )




Doa Amni Sorfina



Tuhanku . . .





Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi bahagian daripada hidupku





Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya





Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting





Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu
ada pada dirinya





Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.





Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas




Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah





Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku





Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu



Seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya.




Tuhanku . . .



Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku




Mereka Kata...



Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam



Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa



Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya



Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya



Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-mana
sesungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya


Oleh : qirabella

Kasihnya Suami..



Tadi saya menemankan kawan ke klinik..sementara dia masuk ke dalam untuk berjumpa doktor..saya menunggu di kerusi luar..sambil melihat kiri kanan ada ramai lagi pesakit yang tengah menunggu turn untuk berjumpa doktor..



Di situ juga ada seorang pesakit perempuan baru keluar dari bilik doktor..dia berkerusi roda..berumur mungkin 40+ dan nampak macam dia mengalami strok..sangat lemah dan tak mampu bercakap..



Saya melihat dia dibantu oleh suami kerana dia dah tak mampu untuk berjalan dan bangun..suami dia lah yang menolak kerusi roda dan mengambil ubat di kaunter..



Sambil si suami menunggu kakak klinik membungkus ubat,saya terdengar suami tadi berborak dengan seorang pesakit lain mungkin sahabat lama dia yang juga sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor..



Saya curi-curi mendengar perbualan mereka :



Dia bercerita..isteri nya baru diserang strok..mungkin disebabkan stress semasa bekerja..isteri dia juga memang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi..akibat strok..isteri nya hilang upaya untuk berjalan..tak mampu bercakap..pergi ke tandas..dan semua perlu dibantu oleh suami nya..



Perkara yang buat saya terharu..si suami mengikat tangan nya dan isteri dengan tali semasa tidur jadi jika si isteri ingin kan apa-apa semasa tidur..dia boleh terjaga dengan segera..



Selepas selesai mendapatkan ubat..si suami menolak kerusi roda isteri dan mendukung isterinya masuk ke dalam kereta..




Saya melihat sambil terharu di dalam hati..mudah-mudahan satu hari nanti saya dikurniakan suami yang sanggup bersama saya susah dan senang dan sanggup menjaga saya sekiranya saya sakit begini nanti..

Selamat Tahun Baru..


Saya, merangkap kepada pemilik dan penulis blog ini..Nurul Zuhanis Binti Mohamed ingin mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua yang beragama Islam khususnya..


Oleh itu mari lah kita termasuk diri saya sendiri bersama-sama berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik bersempena dengan masuk nya kita ke tahun yang baru..


Yang jahat berubah lah kepada lebih baik..yang membuka aurat berubah lah ke arah lebih menutup aurat..yang menderhakai ibu bapa berubah lah kepada lebih menghargai dan menghormati ibu bapa..


Sekian,wassalam..

Fadhilat Puasa Enam di Bulan Syawal..


Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya..


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”


( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya..


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.


Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.


Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud


“Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?


Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal.


Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.


Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi


“Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


sumber : ukhwah.com


5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam





Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :


“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”


Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.


Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.


1. Mengunakan rambut palsu


2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.


3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.


4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.


5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.



Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.



Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.


*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*



woot..woot..

hype bloggie..

yeaa..followers saya dah bertambah..hahaha..ni pun br sign up nuffnang..dah lah terkedek-kedek nak tempek add nuffnang kt heading ni pun tak pandai..sememangnya saya jahil +buta IT ckit..so sebab dah ade ni kamu..kamu..dan kamu..sila-sila lah klik kt nuffnang tu..jangan lah singgah tumpang lalu je..hehehe..

semalam..tengah bosan-bosan..jumpa satu artikel ni..


sorry gambar ni kecil..kalu nak lihat boleh zoom ya..

saya rase mungkin ade korang-korang pernah tengok artikel ni di mana-mana..kadang-kadang..pernah tak korang bile tengok / muhasabah diri korang sendiri..rase diri tu buat banyak kesalahan dan dosa bertimpa-timpa..ini baru salah satu kesalahan di muka bumi ni yang kita dah buat..belum masuk mengumpat..mencarut dan segala..kadang-kadang bila tengok orang yang pakai sangat menutup aurat dengan hijab labuh siap berstoking lengan dan kaki..bercakap dalam hati satu hari nanti saya kena jadi macam tu..sampai bila saya akan selamenya begini..

bila tengok artikel kat atas..boleh kata semua kesalahan dari A sampai ke F saya pernah dan masih lakukan..ini bukan lah entry untuk mengutuk atau menyindir sesiapa..sebab diri saya pun bukan nya sempurna nak membuat teguran macam tu..cuma hanya berdoa dan menyeru kita terutamanya 'onnanoko=woman in japanese' termasuk diri sendiri alert dan berharap masing-masing akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang..

alamak..entry kali ni jadi terlebih serius pulak..hahaha..okeh lah..Gomen kalau tersalah kata sebab tak pernah bermaksud macam tu..

to semua rakan-rakan..be positive dan tabah dengan segala dugaan yang datang menimpa..mungkin ini dugaan dari-Nya untuk menguji diri kita kan..so..chill up Gang.. :)