Showing posts with label Warna-Warna Hidup. Show all posts
Showing posts with label Warna-Warna Hidup. Show all posts

Cinta Matiku By Sixth Sense - OST HANI-

Lagu ini sedap kan !! he he







Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku


Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu


Chorus

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku


Ulang Chorus


Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu


Ulang Chorus 3X


p/s : cinta ku kan mati bersama mu..erkk ?

Aku Main Getah Dulu..Korang pun Main Jugak Kan ! ha ha..



Sebenarnya aku sangat happy sebab entry ku berbahasa F semalam rupanya ada ramai juga yang respon..he he..tak sangka eh rupa nya ramai yang tahu pasal tu..masa sekolah dulu bila ada rahsia besar nak digusip beria cakap dalam bahasa F ingat kan orang lain tak tahu lah..opss..sekarang terbukti teknik tu langsung tak berkesan..ha ha..


Kadang-kadang aku rasa pelik..macam mana benda-benda macam tu boleh tersebar sampai kat satu Malaysia..? aku duduk Perak tapi orang yang duduk Johor pun boleh cakap dalam bahasa F jugak..macam mana kita boleh tahu eh masa dulu-dulu ? Siapa lah yang bawak ajaran sebarkan bahasa tu..ha ha..


Sama jugak dengan permainan masa kita kecik-kecik dulu..contohnya dulu masa aku sekolah rendah aku gian main "Rebut Tiang" kat sekolah..ini game budak perempuan budak laki aku tahu diorang tak main benda ni..ceh bila pikir balik bodoh gila dok berebut tiang tu ape ke hal ? ha ha..


Lepas tu bila sekarang cerita balik dengan kawan-kawan rupa nya kawan yang duduk Selangor pun boleh main permainan yang sama masa diorang sekolah..pelik-pelik..siapa lah yang cipta permainan tu..?


Permainan-permainan yang lain pun sama juga.. dulu masa kecik-kecik aku suka main tutup tin..yang siap ada jamban tu ! ha ha..sama jugak lah dengan main getah aku yang aku panggil Zirofen..mak bapak kita tak ajar pun game tu tapi mana lah kita dapat tahu..peh tu satu Malaysia pun main permainan yang sama kot..ha ha..


credit to ertihidup.com


I miss that old memories..dah lama tak main getah..sekarang sure aku dah tak lepas lompat yang paras telinga dengan kepala sebab dah gemuk ! grr :p

Bye Bye Holiday T_T



Tak tahu lah kalau orang lain pun selalu pikir benda yang sama..tapi bagi aku tiap-tiap kali nak start balik masuk sekolah.situasi ni mesti jadi punya..


Simptom nya..rasa sangat malas dan tak rela nak sambung belajar balik lepas satu-dua bulan bercuti goyang kaki bersenang lenang..aih..mungkin orang lain tak tapi aku ya..teruk ke..lantak lah..


Bila dah balik sana..24 jam otak mula fikir hal pelajaran hal masa depan..masa kat rumah langsung lupa nak fikir..makan sudah tak teratur lagi tak macam masa dekat rumah..nanti hari-hari pun makan roti telur plus sosej goreng..lol..


Nak tak nak kena balik juga..hidup kena diteruskan..jadi kena nikmati cuti yang berbaki 7 hari ini sebaik-baik nya..SOBS T_T



Ini Goku alaf baru..dia juga ada kuasa Hamehame Ha bezanya cuma dia pakai baju kebaya nyonya..haha


:(

Apa yang berlaku akhir-akhir ini telah membuka mata saya seluas-luas yang mungkin dan sedar akan apa kesilapan yang saya dah lakukan..


Saya akan berusaha selagi boleh untuk memperbaiki yang mana yang tak betul..


..MAAF..


Mood berblogging dah hilang..ai nak bercuti dua-tiga hari dari berblogging.. :(

Terima Kasih !



Aku mungkin lah bukan orang yang paling bahagia di dunia..


Dan aku juga memang semestinya bukan orang yang paling gembira di dunia..


Tapi setidak-tidaknya aku ada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi membuat aku ketawa dan gembira di saat hati tak segembira mana..


Terima kasih..!


Mungkin aku sudah terkena sumpahan psycho agaknya!

Karok Aje !!




Eh..korang tahu tak karok tu ape..ke perkataan tu terla
lu kekampungan atau ape kalau korang tak tahu...hehe..karaoke lah..oke..pernah dengar tak sekarang..?


Aku agak suka jugak lah karok..lagi-lagi dengan kawan-kawan boleh hilang semua tension wa ni..dulu-dulu
bermula dengan karok jamban - tak tahu kalau korang ada nama lain untuk tempat ni- dah itu jelah yang termampu..duit ada beberapa ringgit je boleh lah share ngan kawan nyanyi 1o lagu baru 10 ringgit..haha..

nama pun jamban dah memang lah sempit nak juga masuk 7-8 orang dalam tu..


Sekarang bila dah berduit sikit boleh lah beralih ke karaoke room
yang besar sikit contohnya macam dekat Alamanda tu..hey..nyanyi bukan setakat lagu-lagu cikai ya..semua sampai lagi Datuk Siti..Lefthanded..Search..Lady Gaga..yang high key tu semua kami rembat :p

penuh penghayatan nampaknya mereka..


siapa dia ni..mungkin bakal pengganti Datuk Siti agaknya..haha


Lama-lama agaknya skil menyanyi aku boleh jadi semakin bagus ni..Next year boleh lah aku masuk ujibakat Akademi Fantasia 9..haha..


Kalau aku terpilih nanti jangan lupa taip AFUNDI ZUHANIS..dan hantar ke 33990..


" Tagline aku = Gedik sikit..ahh ahh"

Aku Semakin Matang..?




Hey yuu..ayat gediks kluar lagi..hehe :p


Sekarang seyes wa rase wa semakin matang - macam ayat rempit pulak aku rasa..hehe- benda paling obvious ialah topik perbualan kau sekarang dengan kawan-kawan dah berubah..


Contohnya..kalau dulu masa zaman-zaman sekolah masih tak matang sangat..topik perbualan dengan kawan-kawan selalu nye ialah..ape khabar bf kau..? aku nak bf yang kacak..? result Spm aku teruk..? nanti lepas ni aku nak sambung belajar kat mana..nak course apa.? bla bla bla..sambil borak boleh gelak-gelak tak fikir apa-apa pun..haha..


Tapi sekarang..bila berborak dengan geng-geng sekepala..topik nya dah jadi makin berat dan bila fikir boleh buat runsing seketika..topik perbualan dah berubah kepada..nanti akan datang aku nak kerja kat mana.? cukup ke gaji aku akan datang nak tanggung anak keluarga mak ayah segala..? nanti lepas kahwin nak tinggal kat mana..? bila dah kahwin anak nak berapa..? larat ke kau nak tanggung nanti..? mimik muka semua masing-masing bila borak berkerut sambil fikir sebarang kemungkinan masa akan datang..


Dulu masa muda-muda umur tak masuk dua puluhan lagi tak pernah langsung pun berfikir macam tu..ketara lah sekarang semua dah berubah bila umur berubah pemikiran kau pun dah berubah makin pandang ke hadapan..good..


Serious rindu zaman dahulu kala..zaman sekolah-sekolah dulu walau pun banyak masalah juga tapi tak semacam sekarang..dulu-dulu happy je sentiasa setakat fikir pun risau result SPM je..ala..sekarang banyak lagi benda nak fikir...rindu rindu..



5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam





Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :


“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”


Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.


Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.


1. Mengunakan rambut palsu


2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.


3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.


4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.


5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.



Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.



Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.


*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*



Pesanan Untuk Wanita / Perempuan




Saya jumpa link ini di facebook..video yang sangat bagus..dan dapat memberi tauladan kepada kita sebagai perempuan..


Bersempena di bulan Ramadhan yang mulia ini..sebaik-baiknya kita berubah ke arah yang lebih baik..

Renungkan..





Blue Camera..


okeh semua..kenapa gambar di atas kabur..yay..memang disengajakan begitu..hehe..fokus nya bukan orang dalam gambar itu..okeh..dalam gambar tu saya dan gf..anina.. :p eh..berbalik pada persoalan tadi..fokus terutama adalah kamera biru dalam gambar itu..

kamera itu dah agak lama..agak tua..walaupun hanya 8 mega piksel tapi saya beli dengan duit titik peluh sendiri dengan harga yang mahal sebab saya beli zaman dulu kala punya..

dengan kamera tu lah saya bawa ke mana-mana..tangkap gambar..saya sayang kamera biru..

tapi baru-baru ni kamera tu dah rosak..sedeh gila ni..dia punya lens bila nak off tak boleh nak masuk balik..tersangkut terus.. :(

masih sedih..tak dapat nak tangkap gambar lagi..so blog pun bosan sebab tak boleh nak tempek gambar-gambar baru yang hebat dan cantek..hehe..

itu saje lah..hanya nak berkongsi cerita..bertajuk "Aku dan Kamera Biru"

p/s :suka hari ini.. 34 Months :)