Ini ialah 10 fakta Hari Raya saya :
1) Makanan feveret (wajib ada) saya sewaktu hari raya adalah sangat simple iaitu nasi himpit, lemang dan kari ayam. Ada kari ayam hari raya saya dah cukup lengkap.
2) Saya tak pernah berpeluang untuk merasa sembahyang Hari Raya Aidilfitri. Sedih kan tapi itulah realiti :/
3) Saya dan mak selalu ada problem tak tahu nak masak apa masa hari raya sebab skill kami berdua memasak juadah hebat-hebat agak terbatas. Haha
4) I am the only 'kakak' di rumah. Jadi semua kerja rumah, memasak dan mengemas memang terbeban di bahu saya dan mak sahaja.
5) Biskut kegemaran saya adalah semua biskut yang ada topping coklat di atasnya. Contoh : Almond London dan Biskut Aiskrim.
6) Saya jarang ada baju raya lebih dari sepasang. Dan disebabkan baju saya dijahit sendiri oleh mak, memang kebiasaannya baju raya kami adik beradik siap hanya pada malam raya.
7) Saya tidak pernah membeli baju ready-made untuk raya. Semua sentiasa hand-made.
8) Saya hanya akan balik kampung di Teluk Intan pada raya kedua. Raya pertama kami sekeluarga akan berada di rumah.
9) Jumlah duit raya terkumpul semakin berkurangan sejak masuk sekolah menengah. Sebab mungkin tradisi di sini duit raya hanya untuk kanak-kanak sekolah rendah (bawah 12) sahaja.
10) Jarang betul dapat kad raya. Tapi tahun ni dapat dua! Hehe
Jadi macam mana pulak dengan korang? Share lah di entry korang sempena Hari Raya ni ! Akhir kata, Selamat Hari Raya semua pembaca, kawan-kawan dan semua lah. Maaf zahir dan batin :)
0 Heart Beats:
Post a Comment