Showing posts with label Blog Pilihan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Blog Pilihan Malaysia. Show all posts

SAYA BLOGGER PERAK !


A
ku rasa macam nak menjoinkan diri pulak kali ini dalam BPM yang mengumpulkan blogger dari pelbagai negeri..nampak kool aje..walaupun giliran Perak hari Selasa nanti..ku bantai buat je lah hari ni..


Nama :

Seperti dalam surat beranak dan IC nama aku ialah NURUL ZUHANIS BINTI MOHAMED..nama glemer ikut lah orang nak panggil apa..ZUHAN..ANIS..ZU..ZUHANIS..yang panggil YUHANIS pun ada..yang tu memang pelik sikit dah lari sangat dengan nama asal ni..gilo..


Status :

Belum Berkahwin..anak tu anak kucing dengan anak tekak ada lah..


Cara Hubungi :

Boleh dihubungi melalui laman-laman ini..nombor telepon pun nak kasi jugak ke..? hehe :p


Emel : honey_122004@yahoo.com ( boleh add di YM eh )
Facebook saya
Twitter saya


Daerah/ Jajahan :

Aku anak jati Sungkai,Perak..masalahnya walaupun aku anak jati Perak,tapi aku sepatah haram pun tak pandai berspeaking Perak..kalau kome teman ate tu reti lah..ha ha..bandar utama Sungkai ni kecik je..sebab tu ramai orang mesti tak pernah dengar pun nama bandar ni..yelah..supermarket satu hapah pun tak ada..setakat mini market tu paling hebat lah kat sini..ha ha..



Apa yang menarik di Sungkai,Perak :

Oh..sekoman-koman Sungkai..di sini ada tempat perkelahan yang famous tu..eh famous lah sebab selalu masuk TV..ha ha..Hot Spring Sungai Klah ni ialah kolam air panas..musim cuti sekolah memang selalu penuh lah tempat tu..



Dulu sotong gergasi ini ada..tapi sekarang dah tak ada aku tak tahu sebab apa


Di Sungkai juga ada satu-satu nya MRSM Felda yang wujud di Malaysia..pembinaan MRSM ini sepenuhnya di tanggung oleh Felda ya..hey jadi siapa kata Felda nak bankrap memang aku marah gila :p


main gate


Itu jelah..jadi sesiapa nak join juga boleh klik SINI eh..boleh juga mempopularkan tempat tinggal tumpah darah korang di mata dunia..he he..


Bai
!!