Showing posts with label Info Info. Show all posts
Showing posts with label Info Info. Show all posts

Tips Jimat Minyak Masa Gawat (MESTI BACA)



1. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak,  lebih banyak minyak digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan minyak daripada dulu.



2. Jika anda melihat lampu isyarat bertukar merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga hujung jalan. Pijak brek perlahan-lahan agar kereta dapat berehat seketika dan menjamin ketahanan pad brek.



3.Tabiat mengekori kereta lain adalah suatu perkara yang patut dielakkan. Selain tidak selamat, ia membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak brek lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.



4. Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. 



5. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan Suruhanjaya Tenaga California.



6. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.



7. Jangan membeli makanan pada kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak daripada menggoreng ketulan ayam.



Saving money with gas, gas is a liquid gold




Source : Utusan Malaysia 


Berhati-Hati Dengan Ikan Keli Tu !



Kisah ini bersambung dari entry yang lepas..kat sini meh saya nak cerita kenapa tiba-tiba saya terus trauma dengan ikan keli dan sekarang dah taku-takut nak makan ikan keli..


Satu hari saya pergi ke rumah pakcik saya..dan saya tengok dia ada tempat semacam satu kolah mandi untuk simpan ikan keli tu sebelum ikan tu dapat dijual sebab dia seorang peniaga ikan..


Ehh..bila saya tengok ikan tu..lama-lama timbul juga rasa geli..duduk berhimpit-himpit dalam satu tempat..lepas tu adik saya kata..ikan tu makan macam-macam..bangkai ikan..ayam-ayam dah mati..semua dia makan..gulpp..makin geli weh..


Dan lepas tu saya cari lagi maklumat dari Mr Google..rupa nya ada banyak cerita di sebalik nya..ni antara cerita yang saya jumpa : ( sumber : http://wanmus.com/jangan-makan-ikan-keli.html)


a) ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga RM2 lebih jadi modal makan sahaja dalam RM4. tapi macam mana tokeh ikan keli cina dapat jual RM 1.80/Kg..jawapannya setiap hari tokeh cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. jadi modal yang ditanggung oleh tokeh cina tu 0 sen saje..


b) Ikan keli perlukan masa berminggu-minggu untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (kumbahan manusia @ haiwan).Kalau bela dekat sini..sure cepat je dia membesar.. tapi kenapa ikan keli yang dibeli kat pasar tu nampak bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…erkk..bersih habis ke tu?


c) Ada penternak Cina yang bagi " binatang kaki pendek hidung penyek" sebagai makanan ikan keli..sebab tu ikan keli tu gemuk-gemuk belaka..uih..yang ni memang geli habis..wek wek..


Beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar, gemuk-gemuk dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung-kampung atau yang kecil-kecil dan berwarna hitam..


Tapi kebanyakan yang buat perkara yang tak elok plus kotor macam ni penternak Cina..hari ni dah ramai penternak ikan Keli Melayu Islam..jadi insya-Allah lah mereka tak buat benda-benda kotor macam ni..


Jadi kita sebagai pengguna selepas ini kena lah berhati-hati..sebab kita sendiri kalau makan kat luar tu tak tahu sumber ikan tu dari mana kan..jadi kena berwaspada lah..he he..


 Kalau besar gini aku pun takut nak makan..erkk?


Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..


As salam.. 

Selawat



Nabi S.A.W bersabda : " Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."


Ibn Mas'ud r.a


Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku ; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."


Amir Bin Rabiah


Bagi saya lagu Binnabil Huda ini indah..sambil mendengar kita akan turut serta berselawat ke atas Baginda..semoga kita mendapat manfaat dari lirik lagu ini..



Kaichou Wa Maid Sama ! is Really Hot !



I started to watch this series masa menonton dekat Animax di saluran astro 715..drama adaptasi dari manga yang amat famous di Jepun ini memang sangat best dan cute dan kelakar dan romantik dan segala dan lagi..eh semua ada lah..he he..






The hero of this drama, Usui Takumi is really hot and handsome..Misaki Ayuzawa is cute too..i love both of them..and the ending of Maid Sama is really sweet..I love the ending..
tee hee..tak lah macam sesetengah cerita penat-penat kita follow dari awal tp ending nya macam hampes.. :p


Basic information about Kaichou wa Maid Sama drama :
( ini saya copy dari internet )

Type:TV Series, 26 episodes
Year released:Apr 2, 2010 to Sep 24, 2010

Genre: comedy. romance, school life, shoujo

Summary

Misaki Ayuzawa is the first female student council president at a once all boys school turned co-ed. She rules the school with strict discipline demeanor. But she has a secret, she works at a maid cafe due to her families circumstances. One day the popular A student and notorious heart breaker Takumi Usui finds out her secret and makes a deal with her to keep it hush from the school in exchange for spending some time with him.


(Summaries provided by ANN and AniDB)


Ingin menonton..? search je di You Tube atau pun boleh tonton di SINI..


Bai !!

Kelebihan Isteri Tak Cantik.....Ye Ke Ni?hee


Isteri tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut? [gambar dari carian google] Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:


LOW COST Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.


RAJIN BEKERJA Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….


LEBIH TAAT Bukan nak mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.


RUMAH TANGGA KEKAL Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.


Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar. Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda. Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la. Kecantikan seorang perempuan hanya untuk suaminya apabila sudah berkahwin..


Diambil daripada http://storydarishelly.blogspot.com/2010/12/kelebihan-isteri-tak-cantik.html


Pameran MAHA di Rumah Sendiri..

Salam..


Hari ini nak memperkenalkan segala tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang ditanam di sekeliling halaman rumah..ini tak lah semua baru sebahagian..mak kuat berkebun..jadi terhasil lah bunga-bungaan yang melampau di rumah..he he..


Bersama model terkenal..saudari Zuhayra..sesi photoshoot bertempat di halaman rumah sendiri telah diadakan..ini lah aksi-aksi hangat bersama model itu..


model beraksi bersama bunga ros merah


cium lah bunga kekwa tu puas-puas


nama bunga ini mahkota berduri..hebat-hebat..


"ini pokok bunga jarum.." kata model..


bunga raya lambang kebanggaan negara..ewahh..


ini aloe vera !!


ingin kan awet muda..makan lah pegaga..



Kuiz untuk hari ini : Apa nama pokok berbunga putih di atas..?

boleh zoom gambar untuk tujuan mengenalpasti..


Jom-jom jawab..eh ini bukan lah GA pulak tahu..he he..nama dia senang je dan amat famous amous mesti ramai tahu jawapan nya..jawapan nya akan diberitahu pada next entry..he he..

BlogLarian !

Selamat Pagi semua..


Akhir-akhir ni kecoh pasal BlogLarian ni..dah lama dah dengar pasal ni tapi sebab saya konfius tak paham nak buat macam mana jadi tak dapat nak join dulu..tak paham apa yang berlari sebenarnya..macam mana nak join..okay lampi sikit ai di situ..he he..



Syarat-syarat penyertaan :


1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/ -DONE-


2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)


Saya suka berblogwalking kerana dapat menambah kenalan maya yang semua nya kool-kool belaka..saya juga mendapat pelbagai info-info menarik sekaligus menambah ilmu pengetahuan yang ada di dada ku ini..ewahh..

-DONE-


3)
Follow Bloglarian -DONE-


4)
Tag 3 orang atau lebih rakan -DONE-


5)
sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment -DONE-


6)
Tinggalkan link post anda di comment entry ini bersama NAMA BLOG ANDA -DONE-


7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..



8) tiada tarikh tutup buat masa ini
..


Saya nak tag lagi :

Sue-san
Kure-Kure Kecik-san
Sha-Poji-san


Ikan Masin Disyaki Ada Pengawet Mayat


JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.


Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.


"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.


Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. - Agensi



P/S : Nasib baik dekat indonesia..ntah-ntah kat Malaysia pun ada jugak tak ek..isk.

Ingin Tahu Tarikh Lahir Anda Dalam Bulan Islam?

Salam ramadhan..

Rasa-rasanya korang tahu tak tarikh lahir korang dalam bulan islam..? selalu nya kita selalu meraikan hari jadi dalam gregorian calendar je..dalam Islam terlupa atau tak tahu langsung..

So kat sini nak share sikit pasal maklumat ni..jika korang nak tahu tarikh lahir korang dalam islam..please klik :

SINI

Dan happy nya saya..sebab saya pun baru tahu sebab sebelum ni tak berapa sure..hehe :p tarikh lahir saya dalam Islam ialah

4 RAMADHAN 1409 hijrah

Esok lah..hehe..selamat hari lahir kepada diri sendiri :)

gila lah..ikut bulan Islam umur sebenar dah 22 tahun..sedangkan sebenarnya baru 21..isk..lanjut dah usia kau.. :p