As salam..
Semalam aku berjaya pulang ke rumah (Perak) dengan menaiki komuter dari Batu Tiga- KL Central - Tanjung Malim..lama weh perjalanan..sepatutnya kalau aku naik bas dari KL ambil masa 1 jam je tapi akibat naik komuter..terus perjalanan jadi 2 jam..grr..sebab dah nak malam je aku terpaksa naik komuter tu..
Eh tapi bukan tu yang aku nak cerita..sepanjang perjalanan aku menaiki komuter yang secara total mengambil masa 2 jam 30 minit..aku confirm akan masuk dekat koc wanita tu..rasa wangi dan selamat je bila duduk dalam koc tu..ha ha..
Yang buat aku panas hati dan bengang..masih ada spesies lelaki dalam koc tu..aku tak paham dia orang tak nampak ke apa logo dengan pelekat yang terpampang gila besar kat luar koc tu..
Yang paling aku tak boleh tahan..lelaki ni kalau setakat masuk tak apa..ni boleh siap duduk bersenang lenang..sedangkan masa tu masih ramai perempuan yang berdiri (termasuk aku)..gila tak gentleman..okay mungkin dia sakit gout ke apa tak boleh berdiri lama-lama..tapi tolong lah bagi seat kat perempuan lain yang lebih memerlukan kan..
Lelaki sepatutnya aware lah pasal benda-benda macam ni..tapi aku pernah tengok pak guard (terima kasih pak guard) halau lelaki-lelaki yang menyemak dalam koc pink tu..rasa nak gelak kuat-kuat dalam hati dan cakap " PADAN MUKA KAU ! "
Dari luahan hati pengguna komuter sejati :)
