Showing posts with label filem hikayat merong mahawangsa. Show all posts
Showing posts with label filem hikayat merong mahawangsa. Show all posts

Hikayat Merong Mahawangsa - 10 MAC 2011-







Woh..trailer gempak gila kan..he he..akhirnya filem yang menelan belanja 8 ringgit JUTA ini ke panggung wayang juga..diulangi 8 JUTA..banyak gila kan..filem ini sarat dengan penggunaan kesan khas visual ( CGI ) ditambah dengan  penggunaan props, kostum dan set pada kurun kedua..


SINOPSIS

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.


Walau bagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. - credit to  -http://donnyien.com-


P/S : OH ! ARTIS yang dah tengok tayangan media filem ni kata filem in memang WAJIB ditonton..tak akan rugi kata nya..he he..nak tahu sendiri jom gi tengok 10 Mac nanti.. :)