Showing posts with label resepi kuew teow kungfu. Show all posts
Showing posts with label resepi kuew teow kungfu. Show all posts

Kuew teow Kungfu ? Senang Je Weh ! He He..



As salam..


Sebelum ni housemate saya blogger EeSyaheera dah tunjuk cara macam mana nak buat sushi..nak tahu macam mana nak buat sushi dengan mudah ? klik SINI ..kalau dah pandai buat tu boleh la kau orang buat sendirik tak payah lagi beli kat Sushi King yang mahal tu..he he..


Oh hari ini nak tunjuk pulak resepi Kuewtiaw Kungfu..ini pun saya berterima kasih dekat Mizz Nanas sebab saya berguru dari dia..he he..memang mantop lah kuewtiaw kungfu dia ni :)


Resepi Kuew teow Kungfu ( modified version )


Bahan-bahan :

1 paket kuey teow 
Telur
Isi ayam potong kecil-kecil (mix seafood pun tak pe)
Sayur-sayuran ( ikut selera masing--masing..contoh: kubis,sawi,lobak merah)
Cili padi 
Bawang putih dan merah yang dicincang 
1 sudu tepung jagung 
Sedikit sos tiram 
Air secukupnya 
Serbuk lada hitam / lada putih 
Garam 
Perahan limau nipis (bagi sesiapa yang suka masam)


Step untuk kuew tiaw : 

a) Pukul telur dengan garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas/mangkuk. 


b) Masukkan kuew teow dalam gelas/ mangkuk tadi.



c) Kuew teow tadi dituangkan ke dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak.


d) Balikkan supaya kedua-dua belah masak.




 Step untuk kuah :

a) Tumis bawah merah dan putih dengan sedikit minyak sehingga kekuningan..kemudian tambah isi ayam dan goreng sehingga masak.


b) Tambah kan air..boleh tambah air banyak sedikit jika mahu lebih kuah.


c) Masukkan sayur-sayuran dan cili api. 


d) Masukkan sedikit garam, sedikit sos tiram, kiub ayam (jika mahu), dan serbuk lada hitam .


e) Tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit yang terlebih dahulu dibancuh dalam air hingga kuah pekat.


f) Sekiranya rasa dah sedap, okay sedia untuk dihidang bersama kuew teow tadi.





Sorry lah presentation buruk betul sebab ini untuk makan sendirik aje..hi hi..mudah saje kan? 



 Selamat Mencuba !


P/s : terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu dalam menjayakan masakan ini :)