Satu Periuk Nasi..




Wahai nasi..



Beritahu kami rahsia kamu..bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?


Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing vavuval. Di ketika lain, kamu pula bergaul dengan potongan daging ayam Ipoh yang empuk..


Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan..


Di pesta kami yang meriah, kamu sentiasa berada di sana meraikannya bersama-sama..


Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami ketupat dan lemang..


Deepavali tidak kan sama tanpa kamu yang memberikan warna paling menarik untuk dijadikan kolam..


Dan di ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang..


Di Hari Gawai dan Kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya !


Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih- tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu atau garfu, atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami..-


Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama keluarga menikmati hidangan, kamu sentiasa hadir untuk mengingatkan kami tentang rahsia sebenar negara kita..


Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi - yang dipenuhi , satu demi satu, dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.-


Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab - untuk terus mengisi periuk nasi ini, bersama-sama, untuk mereka yang hadir selepas kita-



SELAMAT HARI MALAYSIA semua... :)


credit to : iklan Maybank- Utusan Malaysia, 16 September 2010-

6 Heart Beats:

Unknown said... [Reply to comment]

semua orang malaysia suke makan nasik..
kalau ade yang tak suke nasik tu
dia sakit la tu..
heheh

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

hehe..btl2..nasik terbaik.. :)

Afiq Din said... [Reply to comment]

1malaysia 1 nasi

CIK TOM said... [Reply to comment]

erk cik tom xsuka makan nasik..sakit eek??hehe...

hamzah ian said... [Reply to comment]

gua suke mekdi.. muahahaha

ღ TeRU²bOzUღ said... [Reply to comment]

nasik nasik. heeee. mane pg shoutbox ko a.hee