First Day !


Semangat je nak buat update untuk hari pertama di praktikal..


Aku sampai di farmasi pukul 10.30..dalam hati dah dup dap dup dap..cuak do..okey..dah masuk dalam farmasi..pharmacist cakap-cakap sikit apa yang patut..tapi dia tak bagitahu detail apa kerja yang aku kena buat..


So aku dah confius apa yang aku kena buat sebenarnya..dan aku rasa kewujudan aku di situ memang agak tak diperlukan sebab farmasi tu kecil je tapi aku kira-kira semua pekerja kat situ dah ada 6 orang..


Customers pulak masya-Allah ramai gila aku tak pernah tengok farmasi orang seramai tu tak putus-putus..mungkin sebab tu lah dia ambil ramai pekerja kot..


Aku lepak kat kaunter..semua pekerja tu aku tengok semua expert gila kot kasi ubat..ada pakcik mintak ubat sakit pinggang..sakit lutut..laju je dia bagi..aku blur gila je rasa nya..


Rasa nya paling ramai customers mintak ubat sakit otot..sakit badan..gout..selsema dan tahan sakit..eh..tapi aku lupa dah nama ubat dia..he he


Dan yang paling penting semua pekerja tu lagi muda dari aku lah..grr..aku yang baru umur 21 tahun tapi aku paling tua..yang lain semua umur baru belas-belas tapi pasal ubat expert nak mampus..aku rasa macam kebodohan gila di situ..diorang tak belajar farmasi pun tapi boleh jadi expert gila macam tu..


So aku terfikir tak belajar bidang farmasi pun kalau hari-hari kau duduk kasi ubat kat orang lama-lama terror juga..kita yang penat-penat belajar ni tetap kalah dengan diorang sebab kekurangan pengalaman..


Tadi aku jadi agak down dan rendah diri..mesti dorang kata dia ni kononnya belajar farmasi tapi tak hebat mana pun..aih..


Tapi tak apa lah..anyway..today aku dapat belajar banyak benda dari check blood glucose sampai ke dapat tahu ubat apa yang patut di bagi pada customers..he he


Daaa :)

4 Heart Beats:

eesyaheera said... [Reply to comment]

walaweh, farmasi kau ramai orang eh. best la. aku ni duk melangut termenung takde orang sangat.

diorang panggil kau kak zuhan la ea? haha

Shafiq Rosli said... [Reply to comment]

ko dh blh wt glucose test kt patient ke?
Pharmacist aku sruh tgk je dlu arini..
Nnt2 bru leh wt?

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

ee : ramai gila do macam kat pasar malam je aku tengok..ha ha..eh ne ada aku soh dorg panggil aku anis la.hehe :ph

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

shafiq : xpun aku pun baru tengok je cm takut nak buat sendiri je dah kena cucuk jari org tu..he he