Kelebihan Isteri Tak Cantik.....Ye Ke Ni?hee


Isteri tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut? [gambar dari carian google] Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:


LOW COST Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!


LEBIH SAFE Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.


RAJIN BEKERJA Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….


LEBIH TAAT Bukan nak mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.


RUMAH TANGGA KEKAL Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.


Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar. Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda. Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la. Kecantikan seorang perempuan hanya untuk suaminya apabila sudah berkahwin..


Diambil daripada http://storydarishelly.blogspot.com/2010/12/kelebihan-isteri-tak-cantik.html


12 Heart Beats:

cikpepel said... [Reply to comment]

ermm... yeke?
kalau tak cantik tetibe nak jugak bagi cantik?
ha... high maintance gk tu..
yg cantik takpe..da memang cantik..hehe~

artis je kot cenggitu~~

Anwar Faiz said... [Reply to comment]

kalau yang semula jadi cantik,xperlu mentenen kot..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

cikpepel :betul gak kan..kire nye fakta ni boleh ditolak lah..haha

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

AnwarFaiz : yeke..mesti dia nak jadi lebih cantik kot..hee

- GC - said... [Reply to comment]

haha. biar cantik dalam dan luar, cantik di mata suami.

Kamil ace said... [Reply to comment]

haha, cantek ke tak, tu blakang cite, yg penting bole jd isteri yg baik..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@- GC -

btl2..cantik luar dlm tu penting..hee

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Kamil ace

bagus2..jangan pandang rupa xkemana pun tu..

echah mashuri said... [Reply to comment]

xcantik xpe dear..asal dapat suami hensem..hahaa.apekahh?

siti faridah harun (nama penuh tu) said... [Reply to comment]

yaww !! sukanya post ni,, terasa dihargai ,, hihi

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@echah mashuri

eh..ape kah..hehe

tp suami hensem susah banyak dugaan jugak nok..haha

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@siti faridah harun (nama penuh tu)

ahaha..kenapa mcm tu pulak ida cantik je ni lah..