Kasihnya Suami..



Tadi saya menemankan kawan ke klinik..sementara dia masuk ke dalam untuk berjumpa doktor..saya menunggu di kerusi luar..sambil melihat kiri kanan ada ramai lagi pesakit yang tengah menunggu turn untuk berjumpa doktor..



Di situ juga ada seorang pesakit perempuan baru keluar dari bilik doktor..dia berkerusi roda..berumur mungkin 40+ dan nampak macam dia mengalami strok..sangat lemah dan tak mampu bercakap..



Saya melihat dia dibantu oleh suami kerana dia dah tak mampu untuk berjalan dan bangun..suami dia lah yang menolak kerusi roda dan mengambil ubat di kaunter..



Sambil si suami menunggu kakak klinik membungkus ubat,saya terdengar suami tadi berborak dengan seorang pesakit lain mungkin sahabat lama dia yang juga sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor..



Saya curi-curi mendengar perbualan mereka :



Dia bercerita..isteri nya baru diserang strok..mungkin disebabkan stress semasa bekerja..isteri dia juga memang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi..akibat strok..isteri nya hilang upaya untuk berjalan..tak mampu bercakap..pergi ke tandas..dan semua perlu dibantu oleh suami nya..



Perkara yang buat saya terharu..si suami mengikat tangan nya dan isteri dengan tali semasa tidur jadi jika si isteri ingin kan apa-apa semasa tidur..dia boleh terjaga dengan segera..



Selepas selesai mendapatkan ubat..si suami menolak kerusi roda isteri dan mendukung isterinya masuk ke dalam kereta..




Saya melihat sambil terharu di dalam hati..mudah-mudahan satu hari nanti saya dikurniakan suami yang sanggup bersama saya susah dan senang dan sanggup menjaga saya sekiranya saya sakit begini nanti..

13 Heart Beats:

silverlocket said... [Reply to comment]

whoa sedih

Hans said... [Reply to comment]

sedih la baca
bagus suami dia
alhamdulillah

Cabaran Dan Dugaan Untuk Menonton Filem Transformers: Dark Of The Moon

CIK FERRA AWW said... [Reply to comment]

WAH SO SUWEET. I PON NAK LAKI YG CAMTU ^^

eesyaheera said... [Reply to comment]

InsyaAllah dapat jodoh yang sentiasa bersama susah dan senang :')

Anis izyan Abd Rahman said... [Reply to comment]

yaAllah , semoga aku dikurniakan suami yang berkasih syang seperti ini ~
amiiinnn

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

macam tu la patutnya bila dah bersuami isteri.. susah senang tetap bersama

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@silverlocket

MEMG SEDIH :(

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Hans

hem nak suami macam tu nanti ! :)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@CIK FERRA AWW

I nak jugakkk ! :)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@eesyaheera

mudah2an..amin :))

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Anis izyan Abd Rahman

insyaallah :)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Tapak Kaki

tp susah nak jumpa ni kan..isk

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

memang susah.. nak cari tak tahu kat mana jodohnya.. so tunggu je la.hehe