Dongeng Mengapa Ayam Tidak Boleh Terbang Seperti Burung




Thank you kepada seorang lecturer yang bercakap isu ayam boleh terbang siang tadi..hehe..dan saya berkeras untuk mengatakan ayam tak boleh terbang setinggi burung..dahulu saya ingat lagi mak pernah bercerita satu dongeng ni..dan saya rasa cerita dongeng ini memang agak logik untuk dipercayai..hihi




Mungkin cerita ini sebelum masihi lagi :




Dahulu spesies ayam dan spesies burung berkawan sangat baik. Susah senang mereka harungi bersama..mencari makanan bersama-sama..kongi makanan bersama-sama..bak kata semua pun mereka akan berkongsi..




Suatu hari si ayam menjumpai sebatang jarum emas ( lupa pulak jarum emas ini datang dari mana)..jarum emas ini dipercayai boleh membuat mereka terbang tinggi di atas langit jika jarum itu digunakan untuk menjahit kepak/sayap mereka..




Maka dengan pantas si ayam meminta bantuan dari si burung untuk menjahit kepak /sayap nya..si burung hanya menjahit sebelah sayap/kepak si ayam..selepas itu dia meminta izin untuk meminjam jarum emas kerana si burung mahu menjahit kepak/sayap nya di rumah..si burung berjanji untuk memulangkan jarum emas itu sebaik sahaja si burung selesai menggunakannya..si ayam yang baik hati bersetuju untuk meminjamkan jarum emas kepada si burung..dengan syarat si burung mesti memulangkan jarum emas dengan segera..




Minggu berselang minggu..bulan berselang bulan..si burung masih belum memulangkan jarum emas kepada si ayam..lalu si ayam datang ke rumah si burung dan bertanyakan mengenai jarum emas..namun jawapan si burung sangat mudah..dia telah menghilangkan jarum emas itu..




Si ayam sangat sedih..hatinya bertambah sedih bila melihat si burung boleh terbang tinggi di langit kerana kedua-dua belah sayapnya telah dijahit..berbeza dengan si ayam yang hanya sebelah kepaknya dijahit..oleh kerana itu dia hanya mampu terbang rendah sahaja..




Setiap hari si ayam akan mencari jarum emas di tanah dengan mengais-ngais dengan harapan suatu hari nanti si ayam dapat menemui semula jarum emas itu..




Mungkin sebab itulah sehingga hari ini spesies ayam tak mampu terbang setinggi burung..dan mereka sentiasa mengais-ngais tanah seperti mencari sesuatu..kerana mereka mencari jarum emas yang hilang itu..






P/s : Kesian ayam kan..eh tapi ini kisah dongeng sahaja ok..hehe


3 Heart Beats:

MiZ Rayy said... [Reply to comment]

first time dgr ksh nie.. hehe.. ksian ayam..

Kipas lipas said... [Reply to comment]

lame x dgr cite ni..dulu cigu tadika salu cerita...o_0

alongxp said... [Reply to comment]

kesian ayam tu... burung apa yang buat tu? meh saya lastik semua burung2 tu...hehehe