Showing posts with label potpetpotpet. Show all posts
Showing posts with label potpetpotpet. Show all posts

A wonderful month !


As salam..


Alhamdulillah..saya berjaya juga menghabiskan tempoh 4 minggu berpraktikal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR)..he he..pengalaman yang saya dapat sekurang-kurang nya telah banyak memberikan saya pengetahuan yang baru..pendedahan kepada alam hospital dan bla bla bla lagi..


Welcome to HTAR's Pharmacy ! Yey !


Sepanjang 4 minggu saya attachment di sana..saya ditempatkan di 4 department yang berbeza..Drug Information System, Outpatient, Inpatient dan Store..okay lah..saya malas nak bercerita..kalau nak cerita 5 pages pun tak habis cerita ! ha ha..biar lah gambar bercerita :


Out patient department (pesakit luar) 

Department ini terhectic sekali antara semua department..bilangan pesakit yang datang ke sini lebih kurang 1000 orang sehari..belakang tabir ( di sebalik kaunter ) pun hectic gila sebab pekerja amat ramai ditambah dengan keluasan yang minima..urrgh..




5 things to describe Outpatient department :

Lenguh, 2/12, sesak, tulisan tangan doktor, aktif


In patient department (pesakit dalam)




5 things to describe In patient department :

troli, floor stock, kaunseling, wad,syrup omeprazole


Store




5 things to describe Store:

mengantuk, bilik beku, stock, indent, besar


Drug Information System (DIS)


5 things to describe DIS:

library, menung, pertanyaan, jurnal, kecil

p/s : agak bosan sampai gambar pun tak ada ! ha ha


Great experiences, great informations..great people..tak rindu HTAR pun..sebab semester depan jumpa lagi..ha ha..

Anugerah Juara Lagu 25..Siapa Yang Akan Menang Eh?



Esok akan berlangsungnya Anugerah Juara lagu 25 di Stadium Putra Bukit Jalil..aku ofcos lah akan tengok tapi hanya mampu menonton di depan tv je lah..nak masuk tengok live masih tak kesampaian lagi..ha ha..


Terdapat 14 lagu yang semua nya hebat-hebat dan mantap akan berentap di pentas akhir pada malam esok..siapa lah yang akan dinobatkan sebagai pemenang ya ?


Ini ialah senarai peserta mengikut giliran yang akan membuat persembahan pada malam esok :


1) Yuna – Cinta Sempurna
2) Tomok – Berlari
3) A.P.I – Pelita
4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King
6) Hafiz – Noktah Cinta
7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
8. Faizal Tahir – Selamat Malam
9) Adira – Ku Ada Kamu
10) Bunkface – Extravaganza
11) Black -Sofea Jane
12) Faizal Tahir – Hanyut
13) Stacy – Jahat
14) Hujan – Mencari Konklusi


Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri..ye lah kalau tak mereka tak kan berjaya mara ke peringkat akhir kan..


Jika aku ingin membuat pilihan siapa yang akan menang esok..aku melihat Yuna ada potensi yang besar untuk menang..aku bukan lah her big fan..tapi bagi aku lagu Cinta Sempurna is wonderful dan perfect dari segi melodi dan lirik..ceh..gaya macam pengkritik je kot..he he..




Eh..tapi lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir dan Sofea Jane oleh Black pun mampu diangkat untuk jadi pemenang juga..sebab they have a very great voice..tak tahu lah pulak kalau Adira atau Shahir yang menang..aku layan je lah kot..hee


Jadi siapa akan menang kita tunggu je malam esok..last year prediction aku salah bila lagu Pergi oleh Aizat yang menang..ha ha..just wait and see.. 

Bye !!

Diary Extended - With Jodie -



dia cuba nak jadi model tapi pemalu ya amat..ha ha


Untuk menonton edisi khas diary extended Hey Ladies bersama Jodie..sila klik blog group kami ya..hee




Blog Members kami terdiri dari :

SAYA
EESYAHEERA
ANIS IZYAN
NURUL AIN
AFZAN RAIHAN IZZATI
ZULAIKHA


Let's visit us :)

Masih Ada Rupanya Lelaki Romantik Di Dunia Ni..Ingatkan Dah Pupus...hee..



Bila baca blog member aku yang seorang ini..wah memang aku seronok betul..senyum sorang-sorang pun ada..ye lah..dia dan his girlfriend are very sweet..sweet kalah gula-gula kapas tahu..he he..



Sebab dua-dua pun kawan aku since sekolah menengah..and dia orang dah couple cukup lama sejak sekolah lagi..and masih kekal sweet walaupun dah lama kan..


Blog dia ni memang menampakkan yang dia memang lelaki yang romantik habis..aku belum pernah jumpa lagi keromantikan begitu di blog-blog lelaki lain..


Eh..tak nak lah cakap panjang-panjang..pergi tengok kat blog dia sendiri kalau nak tahu betapa romantik nya kisah cinta mereka..ewahh..he he..kepada girls lain jangan jeles pulak bf korang tak macam tu..cuba lah paksa diaorang kot mana tahu boleh jadi romantik juga kan kan..



I alway pray both of you can live together happily ever after..nanti nak makan nasi minyak jangan tak jemput aku pulak okay..


P/s : Yes terbukti lelaki romantik masih belum pupus..hee..


TYVM Fatynx :)





-mood gedix dah datang-


Bagi yang selalu singgah belog ai ni mungkin ada yang perasan blog ai ni dah berubah bentuk,wajah,berubah segala-galanya lah..ha ha..yang tak perasan pun tak pe lah ai tak ambil hati pun :p


Semua dah berubah dari header ke disabled right click sampai reply to comment pun dia tolong buatkan..terimas banyak-banyak eh yuu susah-susah kan yuu je..ai suka sangat-sangat..he he


Semua ini atas jasa Cik Fatynx yang memang hebat dan handal dalam mengedit blog ni..ai respect gilak sama yuu weh..


sori ai cilok gambar dari FB yuu..he he


Ini lah orang nya..kawan ai dari sekolah menengah sampai sekarang..nanti bila-bila ai belanja yuu makan kat kedai bumbung biru Teluk Intan..dulu kita semua suka makan situ kan..ha ha :p


Mari terjah ramai-ramai blog dia..cantik gilak okay :)



Kau Stalker !

Salam semua..hope semua readers..followers..silent readers..ewah..gaya macam famous sangat je blog kau ni..he he..sihat-sihat je hendak nya ya..


Aku bukan lah stalker tegar..eh eh..bukan..okay-okay aku mengaku lah kadang-kadang aku terjebak juga ke dunia stalker tapi secara berhemah orang kata..maksudnya jadi stalker diam-diam atau dari belakang tabir..stalk Facebook orang..blog orang..Twitter orang..kalau ada lain semua aku stalk juga..


Situasi yang selalu nya berlaku lepas kau jadi stalker..if perempuan yang kau stalk tadi sangat cantik..kurus tinggi kaki panjang kulit halus mulus putih gebu..mula lah jelous..envy gila dengan dia..bukan jelous apa pun jelous sambil cakap cantik nya dia.cantik nya baju dia..jangan nak kutuk tahu..sebab kebanyakan orang perempuan memang macam tu..jangan tanya aku sebab apa..aku tak tahu lah kalau perasaan ni pun wujud di kalangan orang lelaki..sebab aku rasa lelaki selalu tak mengambil berat atau tak ambil peduli hal-hal macam ni..


Ada juga yang jadi stalker kepada kapel-kapel yang dunia percintaan mereka yang jauh lebih indah..tapi ini mungkin lebih khusus kepada mereka yang terlibat dalam Percintaan Jarak Jauh ( PJJ ) atau orang yang baru putus cinta..bila stalk si pasangan dok asyik bercerita dia hari ni duduk buat itu..hari esok buat ini..dia bercerita di blog tak pun letak gambar di Facebook..yang si PJJ mungkin dalam hati kata bila lah aku dapat jadi macam si anu si polan bahagia jumpa hari-hari..yang baru putus cinta berfikir dalam hati indah nya jadi macam dia kenapa aku tak sebahagia macam si anu tu..


Chop..pandangan orang lain aku tak tahu ini semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri dan aku rumuskan menjadi pendapat sendiri..he he..


See you then..Bye..


P/s : Eh..hari tu I dapat lagi satu BE dari Taylor Unversity..ngeh ngeh..terima kasih Nuffnang :)


Hati Hanya Satu

Hati hanya satu..sebab tu kita kena menjaga sebaik-baik nya..jadi bila hati sakit..dia macam orang juga lah kena cepat-cepat bagi ubat atau bagi penawar..tapi ubat hati tak dapat dijumpa di mana-mana..kau cari lah kat hospital kat farmasi apa ke memang sampai sudah tak akan jumpa..


Penawar hati mungkin dengan kembali mengingati tuhan yang pasti akan membuat hati bertambah tenang..


Kenapa tiba-tiba buat entry macam ni..


Sebab hati aku kini sangat sakit dan dalam condition yang serius..lol..alamat kena cari penawar segera untuk penyakit ni..


Bye !

Merdeka !



Wuhuu..


Setelah dua minggu berlelah-lelahan - eh ada ke word tu - ..sampai juga ke titik penghujung..yeh..saja je nak tayang yang aku dah habis exam..biar nak kasi jelous kat kau orang yang belum habis exam lagi ni.. he he :p


Yang dah lepas yang hancur lebur yang pecah berderai tu nak tak nak terima je lah dengan hati terbuka..tunggu je lah keputusan nya nanti macam mana..ada masa sebulan lebih nak berdoa banyak-banyak harap semua lulus pun dah syukur alhamdulillah..


Semester ni kemerdekaan tak disambut dengan meriah..pelan cuti-cuti malaysia pun terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tak mampu dielakkan..


Tak pe lah esok pulang ke Perak sudah..kepada rakan-rakan seperjuangan..selamat bercuti dan selamat berpraktikal..jadi lah pharmacist yang hebat okay..he he..


Bai Puncak Alam..!


Bertakafur..




Okay..sendiri salah siapa suruh study last minute dah nak exam baru kau nak hafal nama pokok segala jenis Family pokok dengan kegunaan pokok..



Sampai terharu sebab masa jawab exam kertas kosong tak tahu nak isi apa masa 3 jam 1 jam setengah dah siap tapi kertas jawapan banyak longkang-longkang..nama pokok yang beria hafal malam tadi semua hilang..


Keluar structure kimia pelik dengan nama pokok pelik baru nak ternganga..boo..


Rasa amat looser..nak pergi bertakafur..



Bai..



Pulang Oh Pulang..



Hola..


Just quick update..ala..this week hidup saya busy gila sorry semua nak balas kunjungan pun tak berkesempatan lagi..lepas ni bila saya free sikit saya datang terjah belog-belog korang semua ya..mmuahh..hehe..


Apa motif tajuk saya hari ni..ya..pulang..oi..jelous gila ni tengok kawan boleh balik rumah tiap-tiap minggu..aih..kenapa lah abah saya tak beli rumah sebijik kat sini boleh lah saya balik hari-hari..basuh baju kat rumah tiap hujung minggu..opps..kantoi pemalas..haha..


Aiyakk..saya homesick ni..lama dah tak balik ni oi..


Apa-apa jadi pun tak kira nak balik juga hujung minggu ni..nak exam pun redah lah janji dapat balik juga..


Moga tak ada halangan apa-apa lagi hujung minggu ni sebab saya plan nak balik minggu lepas tapi terpaksa cancel atas sebab tertentu..poyo aja...hehe..Doakan keselamatan saya..



Out dulu..bye !


p/s : minggu terakhir belajar tapi boleh pulak ada lagi 4 tests nak kena tempuh..@#$%..


V-log "psycho"




Serious aku tak pernah tahu kewujudan v-log sebelum ni..aku hanya tahu ada blog sahaja..baru aku tahu vlog rupanya memang dah lama wujud..cuma tak ramai yang tahu je..


Vlog atau Vog ialah sama dengan blog tapi dia menggunakan video sebagai medium penceritaan..pembuat video akan dipanggil vlogger..sama jugak lah kita yang menulis blog ni akan dipanggil blogger..


Mula-mula bila tengok vlog seorang ni kat you tube kat memang terkejut ah..agak meng'psycho'kan..gila weh...penuh expression kot..aih..terkejut-kejut aku bila tengok..


Bagi siapa-siapa yang berani + tak malu untk bersuara if nak cari medium baru untuk menyuarakan pendapat boleh lah guna cara ni kot..Aku..?? hehe..sorry lah..malu weh..orang bayar aku sejuta pun aku tak rela buat vlog ni..isk isk..biarlah aku hidup dengan blog tersayang ni je sudah..


Check check !! Hayati expression dia ni..



Tiada Gambar Raya..




Salam everybody..- gaya macam ramai sangat je orang baca blog kau ni- ..hehe..


Lama tak menulis..bukannya bz mana pun..tapi malas nak online..baik saya duduk menghabiskan saki baki kuih+ kerepek raya yang tak habis ataupun menonton tv yang cerita dia kadang-kadang boleh layan juga
k lah..tapi tension sikit asal raya ni setiap malam ada cerita hantu..ngeng nya..nak tayang pun cuba tayang time lain..nak tengok takut pulak dah tayang pukul 11 malam..dari tak takut pun terus jadi takut..haih :p


Tengok blog dan facebook orang lain..wahh..semua upload gambar raya dok melawa pakai baju cantik-cantik kan..ahaha..tapi saya ala..tak ade gambar lah nak diupload..sekeping gambar pun tak ditangkap..aih..sedih pulak..


Serious tak melawa langsung sepanjang raya ni..memang raya ni antara raya aku yang terburuk kot..dengan baju tak ada....eh eh..tapi nasib baik raya ketiga sempat siap dan sempat pakai pergi hantar cousin kahwin..haha..tapi gambar tak ada jugak..lupa nak tangkap..
hee


Raya tahun ni biase-biase aje..duit raya tak payah cakap lah memang punya sikit..hehe..nak beraya rumah kawan-kawan kat kampung ni pun tak sempat lagi..dah semua tak ade kat rumah balik kampung semua..macam mana nak beraya ni..


Mungkin lepas ni kena start bukak notes yang menimbun
bak everest tu sebab kau langsung tak sentuh lagi sepanjang cuti ni..malas betul..haih..bese lah..nama pun cuti memang patut lah kan kita bercuti dengan sebetul-betulnya...hehe.. :p



ini gambar raya jugak lah..tapi tiada baju raya..hehe


Realiti Seorang Tailor..




Situasi ini diambil ketika hanya 3 hari sebelum raya..itu pun jika raya hari jumaat..kalau hari khamis lagi dua hari lah nampak gayanya..haishh..




Inilah keadaan di bilik menjahit tailor itu..lihat baju-baju ni..banyak dan bertimbun-timbun..dan ada lagi yang masih dalam proses untuk dijahit..oh..dia sangat bertungkus lumus hingga ke saat ini untuk menyiapkan nya..nanti kesian orang lain tak dapat pula berbaju baru untuk raya ni..


Kesan daripada ini..baju raya saya ter masuk dia masih belum dijahit dan hanya terbengkalai menunggu turn untuk dijahit..sadis nya..wondering..kenapa orang suka hantar baju banyak-banyak ni..penat eden..isk

l
l
l
l
l
^



p/s : kualiti gambar agak teruk kerana guna hp je..hehe



10 Perkara Menarik Tentang Hari Raya :)



Haip haip semua..mencelah keluar dari kebizian dan update blog sikit..


Amboi..semangat kau..raya ada la 2 minggu lagi gigih dah wat entry pasal raya..bia lah..ikut suka I oke :p hehe


Ini punca-punca nya kenapa Hari Raya disukai oleh semua orang :


1) Dulu masa kecik-kecik happy dan tak sabar nak raya sebab dapat set serba serbi baru..kasut baru..baju baru..dah besar-besar ini perasaan tu tak lah sehebat dulu..pastu yang mak-mak pulak nak langsir baru..sofa baru eh semua baru lah..hii..


2) Bila raya lah baru dapat bersalam dengan ahli keluarga...mohon ampun mintak maaf dekat mak ayah..kakak..nenek semua lah..tapi lepas mintak maaf tu rasanya tak sampai 5 minit dah buat salah balik kot kat diorang..haishh..tapi oke la kan dari tak langsung minta maaf..hehe..


3) Ini paling penting..makanan-makanan hari raya yang semua nya enak-enak belaka..kalau hari-hari biasa susah nak jumpa lemang,ketupat,kuih raya almond london, rendang bagai..ini lah waktu yang sesuai untuk melantak habis-habisan..haha..memang siapa yang nak diet time hari raya tu sangat malang lah..orang lain makan bagai nak gila kau dok melopong je..kesian :p


4) Lagu-lagu raya juga tak dilupakan..setahun sekali je lagu-lagu ni akan berkumandang di corong-corong radio atau tv..kalau siapa yang duduk di perantauan tu..memang dalam hati akan start jadi taman bunga walaupun se "kool" mana pun akhirnya jadi sedih juga sebab rindu kampung tak sabar nak balik beraya dengan keluarga..


5
) Bagi budak-budak..benda yang paling best masa hari raya mestilah duit raya..haha..kadang-kadang sampai berlumba-lumba duit siapa paling banyak..budak-budak pulak datang beraya kat rumah memang sah nak duit je..makannye tak duduk lama-lama minum air sampai kembung tunggu sampai tuan rumah bagi duit raya..pas bagi duit raya terus lesap..ada tu siap bawak uncang duit lagi untuk simpan duit raya takut tercicir..


6)
Tiap-tiap kali raya jugak yang best ialah siaran tv yang semua dok pakat tayang cerita+ filem yang best2 kat tv..sampai nak pergi berjalan raya rasa malas sebab nak duduk rumah tengok tv..iklan raya pun macam tu juga..dah nak dekat raya iklan-iklan raya berlambak-lambak keluar dekat tv..tapi yang menang mesti selalu nya Petronas sebab diorang selalu produce iklan yang sangat best dan menyentuh hati.. :)


7) Bagi mereka yang tinggal di bandar..masa raya ni lah semua orang akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sampai jem-jem jalan raya highway semua..ada setengah yang tunggu hari raya jelah baru nak balik kampung..dapat juga berkumpul semua sanak saudara..ini lah kebaikan hari raya bak kata orang memupuk ikatan silaturrahim gitu..hehe..



8) Musim raya ofcos la sinonim dengan mercun dan meriam buluh..kadang-kadang meriam buluh bukan golongan anak-anak yang main tapi ni golongan bapak2 yang jadi leader geng meriam tu..tapi memang gila lah bunyi meriam buluh tu memang kuat betul..boleh tercabut gegendang telinga..haha.tapi bahaya ni..nak main boleh..kasi can la..tapi mesti berhati-hati oke..kang putus jari beraya kat hospital..padan muka :p


9) Bila malam raya terutamanya kat kampung-kampung semua orang akan pasang pelita..panjut..cantik sangat..rasa meriah nak sambut hari raya ni..hehe..


10) Cukup-cukup lah bersuka ria..amal ibadat jangan dilupakan..pagi raya lebih elok jika kita pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri..dan lepas tu puas sudah melantak sini sana sampai berat naik 4-5 kilo..baik kita pergi puasa 6 pula..dapat pahala kan.. :p

p/s : wohoo..cukup lah 10..hehe..menghitung hari nak menyambut raya.. :)

Quote..



"Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss."



Banjarian..

yey..saya datang lagi..

hari ini nak mengajar sedikit tentang bahasa Banjar..apa tu..?? Banjar tu satu kaum etnik di Malaysia..dia ada bahasa sendiri..and saya bangga jadi salah seorang dari ahli etnik tersebut..haha..

bahasa dia agak pelik sikit..ini antara contoh-contoh ayat yang saya reka sendiri..-itu tipu..saya cilok dari internet lah-haha.. :p

Contoh 1

umak abah orang banjar..bahari masa anak haloi-haloi melajari bahasa bnjar banyak takunan..lama2 muyak, anak banyak betakun balik..ajar la bhse melayu..dah ganal ni, anak-anak betakun bahasa banjar..bile balik kampung, peninian besurah banjar, cucu kada paham...

Maksudnya

Mak dan abah orang banjar. Dahulu, anak-anak kecil belajar bahasa banjar banyak bertanya lama-lama jemu sebab anak akan bertanya balik. So ajar la bahasa melayu. Dah besar ni anak-anak tanya balik bahasa banjar. Bila balik kampung, golongan nenek-nenek bercakap banjar, cucu tak paham.

Contoh 2

masih ada lg kah kakanakan wayahnik yg bisak basurah BANJAR???

Maksudnya

masih ada lagi ker budak2 zaman sekarang tahu bercakap banjar?

Contoh 3

Mahadangi urang hantar piza pang neh..
Lawas banar nunggui..

Maksudnya

menanti orang hantar pizza. Dah lama sangat tunggu ni.

Contoh 4

PARAK DAH HANDAK RAYA PUASA..cuti ampat hari..balik ka kampong melihati kawitan..

Maksudnya

Nak dekat dah raya puasa.. Cuti 4 hari. Balik kampung jumpa orang tua(ibu bapa)

Contoh 5

kulir bergawik tagaknyaa

Maksudnya

Malas bekerja kot.


hehe..itu saja lah..korang mungkin tak paham kot ni..macam indon pulak saya tengok..ada lagi ke ek etnik-etnik banjar kat sini..susah dah nak jumpa kot..







Perbezaan Antara Emosi Perempuan Dan Lelaki


Jika orang perempuan marah..


a) Pujuklah dengan lemah-lebut, kasih sayang & belaian yang dinanti-nantikannya.

b) Tanya kenapa dia marah / merajuk / sedih… dengari dengan teliti dan jangan komen beri nasihat atau cuba menyalahkannya.

c) Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar, sensitif dan empati kepada perasaannya / apa yang telah dialaminya.

Jika orang lelaki marah..

a) Elakkan daripada terburu-buru bertanya kenapa dia marah / naik angin / moodnya tidak baik

b) Tunjukkan kasih sayang, bentuk suasana yang tenang, kemas rumah, hidangkan minuman yang dia suka.

c) Doakan dia supaya cepat sejahtera dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri sejuk dan bertenang.

d) Jangan mencabar emosinya / mencari kasalahannya lagi..

Perbezaan yang lain..

a) Wanita secara umum lebih bersikap mudah, mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang, pujukan dan hubungan yang melibatkan perasaan serta hati..

b) Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan.

c) Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek

d) Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka dan menampakkan banyak benda..

e) Fahami bahawa lelaki bercakap secara terus-terang,ringkas dan objektif dan lebih menumpukan kepada matlamat dan tajuk utama yang dibincangkan..

f) Wanita sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat dan mahu ambil tahu semua perkara dari kecil hingga besar.


p/s :jadi..renung-renungkan..dan selamat beramal :p




Ada Apa Dengan Nama..

haip haip bloggers semua :)

ehh..korang..pernah tak terpikir nama korang semua macam unik ke apa ke..nape korang ade nama macam 2..hehe..saya selalu gak terpikir kenape nama saya macam ni..

ZUHANIS

saya rasa nama saya pelik..saya rase lah :p akibat perkataan ZU kat depan dah membuatkan dia jadi pelik..bila orang lain tanya ape maksud nama sendiri pun tak tahu nak jawab apa..sebab memang tak ade maksud pun..isk..bila tanya mak kenapa nama ada ZU kat depan..kenapa tak letak HANIS je ke ape ke..

mak kate..saje letak biar nampak lain pastu mesti tak kan ade sape-sape name same dengan kamu dah..unik gitu..hehe..cube kalau letak HANIS je ofcos lah tengok berapa ramai orang kat malaysia ni nama dia macam tu...ohh..betul jugak jawapan mak tu..

biarpun selalu disalah panggil seperti Zulhanis..Yuhanis..Yunalis..eh..Yunalis tu saya tipu..hehe..dalam hati bangga sebab nama saya susah nak dijumpai di serata Malaysia ni..hehe..well..lantak korang lah nak kate apa pun I tetap nak bangge jugak okeh :p

mesti ada lagi korang-korang yang ada nama pelik lagi unik kan..so..share-share lah ngan saya sambil-sambil boleh klik-klik adds yang ada..hehe..

out~