Showing posts with label Info Info... Show all posts
Showing posts with label Info Info... Show all posts

Some Books Are Good To Read !



Salam..


Cuti Hari Raya Cina ini saya berkesempatan untuk membaca dua buku yang indah ini..terima kasih kepada sahabat yang memberi kan buku nya untuk dipinjam kepada saya..he he..


Sebelum ini sejujurnya saya memang kurang terdedah dengan bahan-bahan bacaan berilmiah macam ni..


Alhamdulillah..banyak ilmu dan input yang saya peroleh dari buku ini..dan mungkin telah merubah pandangan dan persepsi saya dalam sesetengah perkara..


Saya mengagumi pasangan novelis ini yang juga merupakan pasangan suami isteri dalam dunia realiti..lepas ni sure memang saya dah jadi peminat setia kedua-dua penulis ini..he he..


Saya mengesyorkan korang membaca novel ini..menarik dan bermanfaat untuk semua..he he..


p/s : sumber gambar ihsan dari Google

Anugerah Juara Lagu 25..Siapa Yang Akan Menang Eh?



Esok akan berlangsungnya Anugerah Juara lagu 25 di Stadium Putra Bukit Jalil..aku ofcos lah akan tengok tapi hanya mampu menonton di depan tv je lah..nak masuk tengok live masih tak kesampaian lagi..ha ha..


Terdapat 14 lagu yang semua nya hebat-hebat dan mantap akan berentap di pentas akhir pada malam esok..siapa lah yang akan dinobatkan sebagai pemenang ya ?


Ini ialah senarai peserta mengikut giliran yang akan membuat persembahan pada malam esok :


1) Yuna – Cinta Sempurna
2) Tomok – Berlari
3) A.P.I – Pelita
4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King
6) Hafiz – Noktah Cinta
7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
8. Faizal Tahir – Selamat Malam
9) Adira – Ku Ada Kamu
10) Bunkface – Extravaganza
11) Black -Sofea Jane
12) Faizal Tahir – Hanyut
13) Stacy – Jahat
14) Hujan – Mencari Konklusi


Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri..ye lah kalau tak mereka tak kan berjaya mara ke peringkat akhir kan..


Jika aku ingin membuat pilihan siapa yang akan menang esok..aku melihat Yuna ada potensi yang besar untuk menang..aku bukan lah her big fan..tapi bagi aku lagu Cinta Sempurna is wonderful dan perfect dari segi melodi dan lirik..ceh..gaya macam pengkritik je kot..he he..




Eh..tapi lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir dan Sofea Jane oleh Black pun mampu diangkat untuk jadi pemenang juga..sebab they have a very great voice..tak tahu lah pulak kalau Adira atau Shahir yang menang..aku layan je lah kot..hee


Jadi siapa akan menang kita tunggu je malam esok..last year prediction aku salah bila lagu Pergi oleh Aizat yang menang..ha ha..just wait and see.. 

Bye !!

Deco Bersama Zuhanis.. !! ha ha



Hari ini aku hasil koloborasi bersama mak dan adik akhirnya kami telah berjaya menghasilkan merubah penampilan tudung saji tempat kita tutup makanan yang selalu nya dull,bosan dan tak menarik kepada suatu hiasan yang cantik dipandang mata..


Serious cara dia sangat mudah..jom sini aku akan ajarkan dalam rancangan Deco Bersama Zuhanis macam mana nak menghias tudung saji korang supaya lebih menarik..ha ha..so lepas ni boleh lah korang cilok tudung saji kat dapur tu hias-hias sikit berseri gak dapur rumah korang kan..


Benda-benda yang diperlukan untuk menghias tudung saji :


a) tudung saji ( pelbagai saiz)
b) reben ( warna bergantung kepada kreativiti )
c) gam uhu
d) renda ( kalau bajet tinggi boleh lah guna renda yang berglitter agar hasilnya nampak lagi cantik..



Cara-caranya :

a) Korang selitkan reben pada lubang di tudung saji..corak dan cara menyelit tu bergantung kepada kreativiti masing-masing..

selit macam ni lah lebih kurang..he he


Tudung saji separuh siap


b) Kemudian gam hujung reben yang berlebihan dengan menggunakan gam uhu supaya nampak lebih kemas..


Proses Menggam reben


c) Bila sudah kemas,lekatkan renda di hujung tudung saji tadi agar nampak lebih menarik bergantung kepada kreativiti korang..




d) Tadaa..tudung saji berwajah baru sudah siap..wink wink..


Lebih cantik lah kan kalau nak dibandingkan dengan tudung saji yang asal..he he..siapa yang berminat boleh lah mencuba di rumah..sangat cepat dan mudah dan dalam beberapa jam dah boleh siap satu tudung saji yang cantik dan menarik..


Selamat Mencuba !!


p/s : Memang gaya seorang suri rumah betul aku ni..ha ha :p

Syhhh !! Entry Ini Untuk Lelaki..

Tahu kah anda..


a) Sperma lelaki yang menentukan jantina seseorang bayi.


b) Kemampuan pancaindera lelaki untuk menikmati rasa masam,manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.


c) Kebanyakan lelaki memiliki mata yang lebih besar berbanding wanita..tetapi kebanyakan mata wanita lebih banyak bahagian warna putih.


d) Secara umumnya lelaki memiliki hidung yang lebih besar daripada wanita..sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir yang lebih besar berbanding lelaki.


e) Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % sajah pada wanita.


f) Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar daripada wanita.


g) Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita..tetapi wanita lebih dua kali ganda membaca daripada lelaki..


h) Lelaki lebih bijak dan teliti dalam membaca peta dan ruang kerana mereka lebih cenderung melakukan proses serentak iaitu abstrak dan logik..


Sumber : majalah Remaja


Say No To Cigarette !


Tengok gambar ini..yang hitam legam belah kiri tu paru-paru si perokok..atau lama-lama mungkin si isteri si teman wanita yang menghidu asap rokok hari-hari pun boleh jadi hitam macam tu juga..


Yang belah kanan merah mak ngah nampak sihat tu paru-paru orang yang tak merokok..mungkin juga paru-paru orang yang tak menghidu asap rokok..


Dah nampak bukti tu..?


Jadi kepada perokok kenapa masih nak merokok? sesuatu yang saya tak faham sehingga hari ini..dah terpampang Amaran besar-besar tapi orang tetap beli rokok juga..


Tepuk dada tanya selera..anda mahukan paru-paru anda hitam legam atau merah menyala-nyala..? kalau memilih yang hitam teruskan lah merokok..hitam lebih cantik agaknya..



Daging Mc Donald Mungkin Tidak Lagi Halal?



Salam Bloggers..

Kenapa saya baru tahu pasal kisah Mc Donald ni sedangkan hal ni dah lama berlalu..isk..sedangkan sebelum ni selalu je makan burger Mc Donald kot..

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sangat-sangat mengejutkan..

Sudah lama sangat..tapi kenapa hal ni tak disebarkan kepada umum..?

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut pasal ini..sila klik :

SINI

blog di atas memberi bukti-bukti kukuh kenapa daging Mc D tidak halal..



Kepada para pembaca..sila sebarkan maklumat ini kepada muslimin muslimat di luar sana..sekian..