Showing posts with label bittersweet... Show all posts
Showing posts with label bittersweet... Show all posts

Back Then




2002


2006


2007


2008


2009


2010



I met a lot of peoples..and I met a lot of friends..as I grow older..all of these memories will still remain.. :)



Source : FB 


Tak Ada Ong Kot..



Kejadian mengikut kronologi :



1) Kereta bahagian depan kemek teruk sebab langgar dinding rumah..salah aku jugak nak tekan brek tertekan minyak..pandaii..



2) Bagitahu mak dengan abah..respons yang diterima agak kurang memberangsangkan..macam bakal kena marah je =.=



3)  Kredit kena telan lebih 4 ringgit semata-mata sebab aku nak mms gambar kereta kemek tapi gambar tu tak mau sampai-sampai..



4) Hp dah mati..baru cas semalam..bateri hp suka buat hal..paling malang aku tak ada charger hp sebab tertinggal kt rumah..



5) SV check assignment..demm rupanya banyak buat salah dan kena betulkan balik..jumaat kena hantar..dah lah banyak yang nak kena repair..



6) Pergi masuk syrup plant, aku guna gunting dan tak sengaja terpatahkan gunting ofis..



7) Tengok orang buat preparation syrup, pekerja suruh aku tutup pili tapi aku tersilap bukak pili lagi kuat dan air keluar lagi banyak..



8) Habis



Berdoa harap 1 Jun tahun depan tak semalang 1 Jun tahun ini :/

Khasiat Keropok !


Hari-hari aku dok makan keropok ni..hoih siapa kata keropok..jajan..makanan ringan ni tak ada khasiat? salah okay..tak caye cer tengok ni !



Siap ada vitamin E..tak de kolestrol..wah ada karotena jugak..bagus untuk antioxidant ni (cewah masuk dah ilmu Toxicology) :p



Tak caye lagi..sampai Australia dengan Singapore pun jual keropok ni kat kantin sekolah dia orang..



Terkejut sebab tak perasan dan tak sangka rupanya banyak jugak khasiat mamee monster ni..tapi makanan ringan tetap makanan ringan kan..ringan-ringan kan lah pengambilan nya ok..pandai nye adik-adik..keh keh..

 

Saya Nak Watermark Free Dari Nardnaddy!


Salam..


Saya laju buat entry bila NardNaddy kata dia nak volunteer buatkan watermark..he he..wah..baik nya hati NardNaddy..ye ah..teringin gak nak ada berwater mark macam orang lain..macam cantik je..nak tunggu buat sendiri..hemm sampai sudah tak buat-buat..


Gambar untuk watermark ( bagi dua ni..yang mana-mana pun boleh ! hi hi )



Caption untuk watermark :
ZuhanisMohamed


URL blog :
http://zuhanismohamed.blogspot.com/


Colour font :
Pink

E-mail :
honey_122004@yahoo.com


Siapa-siapa nak watermark free jugak..cepat klik link NardNaddy okeh..!  


HabisdahokeylaBai!

Lutut Ku Di Inject !! Saket Woh !


Salam..


Semalam saya ke klinik..lepas seminggu dan lepas saya rasa lutut saya tiada perkembangan malahan jadi makin teruk condisi nya maka terpaksa jugak ke klinik..


Ramai orang dah suruh saya pergi awal-awal lagi..tapi tu lah degil ya amat :p bukan bukan..saya ingat ia kecederaan biasa-biasa yang boleh sembuh macam tu aja..lagi satu sebab pun bila sahabat baik saya kata if pergi klinik sure lutut saya akan kena inject..grr..lagi lah buat saya takut..inject kat lengan tak apa..ni kat lutut okeh..ngeri mak..


Kesimpulan nya..doktor kata..tisu di dalam lutut saya mungkin ada tare tak pun koyak di mana-mana..so of course dah luka dan berdarah..jadi bila air dan darah dah berkumpul dalam lutut..tu yang menyebabkan edema atau kata lain nya bengkak..


Jadi nak mengelurkan air dan darah yang berkumpul tu lah..lutut saya diinject dengan bius dulu..dan hasilnya ada lah dekat satu botol kecil hasil buangan dari dalam lutut tu..terkejut mak..patut lah lutut saya bengkak gila..sebab tu rupa nya..isk


Dan doktor ada jugak kata..mungkin ada ligamen pun dah putus..okey putus nampak dasyat sangat..ha ha..koyak la nampak selamat sikit..lepas ni saya terpaksa jadi gadis lemau yang hanya duduk di rumah..tak dapat bersukan lagi..isk..


Saya terkejut bila rupa nya keadaan saya boleh dikategorikan agak serius..kalau dibiarkan lutut saya mungkin  akan longgar selama-lama nya..


Perkara buruk ialah..mengurut sebenarnya yang telah membuat kan condition lutut saya dari tak serius menjadi serius..isk..okay dah kena mara dengan doktor sebab urut lutut tu...jadi sesiapa yang ada masalah macam ni lepas ni..sila lah rujuk doktor anda dengan segera..jangan jadi seperti saya :p


Maaflah entry tiada gambar..ye lah tak kan saya nak tempek gambar lutut gemuk saya kat sini pulak kan ! ha ha..lepas makan ubat dan inject semalam..sekarang dah makin sembuh rasa nya..alhamdulillah..he he..


Doa saya biar lah keadaan menjadi normal semula..mudah-mudahan..!

Innalillah..



Semalam saya hadir ke satu upacara kematian..bukan lah orang luar pun..pak cik saya sendiri..merangkap abang kepada mak saya..


Pagi semalam yang selalunya biasa-biasa..dikejutkan dengan tangisan mak saya..mak kata arwah Pak Ngah dah tak ada..kematian nya memang mengejutkan kami semua..dia cuma pengsan sewaktu nak bersiap pergi kerja..bila dibawa ke hospital dah disahkan meninggal dunia..


Apabila disahkan doktor..arwah meninggal disebabkan serangan jantung..kesimpulan nya..kita tak tahu nyawa kita panjang mana..mungkin semalam kita masih seronok-seronok dengan keluarga..keluar berjalan-jalan..tapi hari ini..sekelip mata mungkin kita akan pengsan..terlibat dengan kemalangan atau sebagai nya..sekaligus nyawa kita kita diambil dengan sebegitu cepat..


Semalam pengalaman pertama saya memijakkan kaki ke tanah perkuburan..ya..selama 22 tahun saya hidup saya belum pernah datang ke tanah perkuburan..saya belum pernah melihat proses pengebumian di depan mata..ya Allah..betapa takut nya saya bila melihat semua ni secara real..betapa takut nya saya jika nyawa saya diambil sekarang pada masa saya masih belum bertaubat sepenuh nya..betapa takut nya saya yang selama ini sentiasa berteman dan tak pernah keseorangan akan tinggal di sana seorang diri selama-lama nya..


Pengalaman semalam banyak mengajar saya..sebenarnya ada banyak benda lagi yang bermain dalan fikiran saya..biar lah ia tertulis dalam hati saja..he he..terima kasih Allah kerana masih memanjangkan usia saya..


Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Saidin Ariffin..kami semua turut merasa kehilangan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan  di kalangan orang yang beriman..amin..

 

This Year..In Great Detail ..


Cepat sungguh masa berlalu kan..tup tup esok dah masuk tahun 2011..eh lupa nak kata congrats kepada team Malaysia sebab menang kelmarin..he he


Okay..berbalik kepada soalan di atas..ini bersangkutan dengan 30 Days Project aku tu lah..he he..aku tak nak lah cakap dalam great detail..aku nak cerita gila-gila pun kisah hidup aku ni aku tak rasa orang teringin nak baca kan..aih


Gula-gula manis :


a) Aku memang jarang pergi holiday..and holiday bersama besties akan menjadi perkara yang paling manis untuk dikenang sepanjang hayat..he he..


Pulau Pangkor's momento


Tour to KL with Hop On Hop Off Bus


b) Annual Dinner dengan tema Masquarade Party yang dikendalikan oleh my batch..percaya lah ia sangat berjaya..he he




c) Four of my class mates dah berjaya melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing tahun ni..tahniah semua..tapi satu je yang aku berjaya attend..satu kelas ada 91 orang tolak 5 orang dah kahwin masih ada 86 yang belum kahwin..lepas ni turn siapa pulak eh..ha ha


Amin's wedding :)


d) My family berjaya membuka homestay pada tahun ini..tak percaya ? klik SINI..he he


e) Result terbaik setakat ini ialah pada semester 4 tahun ini..tak lah sampai 4.00 aku tak lah bijak sangat kot..cukup lah setakat 3.X7 :p


f) Last..aku menubuhkan blog ini pada tahun ini..dan aku dah belajar banyak benda sejak aku memulakan aktiviti berblogging ini..he he


Gula-gula masam campur pahit :


a) Ia sangat teruk bila teringat masa belajar Pharmacognosy last semester..tension tension tension..itu je word yang sesuai untuk subject itu..


b) Practical was not going very well..i don't know why..aih :(


c) Telinga tersumbat dua minggu memang satu situasi yang tak menyeronokkan..ha ha


Ternyata benda manis lebih banyak dari yang masam..he he..eh sebenarnya tak pun tapi masa aku tulis entry ni tak tahu kenapa aku boleh lupa semua perkara pahit..grr..


Dah Habis !!

Asam Keping Garam Kunyit Bila Bercinta..



Orang kata..kalau bercinta nanti lama-lama kalau tak pandai jaga hubungan tu baik-baik nanti lama-lama boleh pudar..boleh bosan..


Ada jugak orang kata manis bercinta tu lama-lama akan hilang..ye lah konon nya masa bercinta tu sakan gila..nanti bila kahwin dah tak tahu nak borak apa..sebab masa bercinta dah segala benda kita cerita dekat pasangan..


Ada jugak orang kata bila kita minat gila dekat seseorang ni..tapi bila kita dah dapat dengan susah payah akhirnya perasaan suka dah tak macam dulu masa kita belum dapat dia lagi..orang kata MINAT dengan SAYANG tu tak sama..entah lah..


Tapi saya kata dalam satu hubungan untuk mendapatkan cinta itu senang dan mudah..tapi apabila sudah diperoleh, perkara yang lebih susah ialah untuk mempertahankan yang kita pegang itu daripada terlerai..


Jika seseorang itu berusaha mempertahankan apa yang dipegang..pasti semua benda yang ORANG KATA tadi tak akan terjadi kan..hehe


p/s : OMG..saya jiwang terlebih hari ini..nga ha ha :p

Ada Orang Puji Moles Saya Lah..HEE



Terima kasih cik Echah sampai mention nama saya dalam entry....eh terkembang pulak aku seketika..ha ha..


Nak tahu lebih usha entry ini..

orang cakap mak aku keling.aku cakap mak aku melayu


Selama 21 tahun saya hidup belum pernah ada orang puji moles saya okay..echah orang pertama..bukan satu nak lima pun saya boleh bagi..sayang echah lebih ni..hee


aku dan moles..


Nanti ada pulak orang kata aku perasan..baru puji sikit nak kembang..biar lah..orang tak selalu dipuji begitu lah..he he..


Cuba orang dah selalu puji kau cantik kau comel..mesti kau lali kan bila dah selalu dengar orang cakap macam tu aje..dah tak heran dah kalau ada orang cakap kau cantik..


Eh teremo pulak..he he..dah tak nak cakap apa-apa lagi..


Bye Bye !

TAK NAK Cakap Pasal Result !

Setiap kali budak-budak UiTM punya result nak keluar mesti aku rasa satu dunia kecoh..ha ha..aku tengok U lain keluar result relaks-relaks je..ye lah tengok lah budak UiTM berapa ramai satu Malaysia ni..dan ofcos lah line nak check result tu bizi nak mampus bila seluruh umat UiTM nak check result pada waktu yang sama..grr..


Dan tahun ni bila UiTM dah tukar sistem kot aku rasa jadi dia hantar result melalui emel kepada semua pelajar..oh kan bagus begitu..tak perlu lagi berebut-rebut nak masuk server guna online lagi kan..he he..


Ai punya result ??

emm....emm..emm..


Tak lah sebagus mana..cukup-cukup makan je ai serious jatuh teruk tergolek-golek sem ni..grr..tu lah salah sendiri jugak sebenarnya bermalas-malasan di awal sem bermati-matian di hujung sem..padan muka yuu..


Tak pelah..dah bersyukur sangat sebab ai pass semua subjects..alhamdulillah.. :)


Anyway congratulation kepada semua student UiTM..he he..to Dean List students..korang memang hebat !!



Syhhh !! Entry Ini Untuk Lelaki..

Tahu kah anda..


a) Sperma lelaki yang menentukan jantina seseorang bayi.


b) Kemampuan pancaindera lelaki untuk menikmati rasa masam,manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.


c) Kebanyakan lelaki memiliki mata yang lebih besar berbanding wanita..tetapi kebanyakan mata wanita lebih banyak bahagian warna putih.


d) Secara umumnya lelaki memiliki hidung yang lebih besar daripada wanita..sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir yang lebih besar berbanding lelaki.


e) Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % sajah pada wanita.


f) Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar daripada wanita.


g) Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita..tetapi wanita lebih dua kali ganda membaca daripada lelaki..


h) Lelaki lebih bijak dan teliti dalam membaca peta dan ruang kerana mereka lebih cenderung melakukan proses serentak iaitu abstrak dan logik..


Sumber : majalah Remaja


Best Ke Blog Kau ?

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..eh..macam pembaca berita di RTM 1 pulak..he he


Pernah terselit di fikiran saya untuk berhenti dari dunia blog..kadang-kadang terselit juga rasa rendah diri segan silu bila membandingkan tulisan blog sendiri dengan tulisan blog orang lain yang saya sangat-sangat kagum dengan cara mereka menulis blog..


Ditambah dengan layout yang cantik..header yang hebat..widget yang up-to-date menyebabkan saya rasa ketinggalan dan menambahkan lagi rasa rendah di dalam diri..ditambah pula dengan isu yang kecoh sekarang blogger cantik vs blogger tak cantik demn lagi menambahkan perasaan tak gembira dalam berblog..


Masa awal-awal pembabitan blog saya cuba ikut nasihat orang-orang lama..tulis blog begitu lah begini lah..sedikit-sedikit saya cuba berubah untuk memuaskan hati pembaca..


Tapi sekarang saya sedar susah nak mengikut kehendak orang..jadi sekarang saya menulis mengikut kata hati..background header pun mengikut sedap mata memandang..pembaca yang rasa blog saya ni sekadar blog sampah busuk segala dipersila kan mengelik button pangkah di sebelah atas kanan anda..


Apa pun terjadi blog Zuhanis's Heart tetap di hati..ewahh..he he..


Blogger cantik dan kurang cantik..yang mana pilihan anda..sila jangan racist :p

Yey !!




I am homie !! yey :)


Uhh..tapi esok dah kena balik dah..tak mahu !!

Drama Queen !!




Ofcos aku bukan lah pelakon sehebat Fauziah Nawi..ataupun Fasha Sandha..


Sebab aku bila kena berlakon aku lembap dalam menghafal skrip dan setiap satu scene mesti asyik kena cut sebab mimik muka tak sesuai ataupun terasa nak gelak tak boleh nak tahan..hehe..


Oh..aku selalu jugak lah dapat job berlakon ni..ingat ape aku tak ade bakat ke..hii.. :p tapi job tu pun datang setiap satu sem sekali sebab kitorang kena berlakon dan buat drama pendek bahasa Jepun pastu kena hantar kat sensei sebab tu termasuk dalam markah keseluruhan..


Tapi bila semalam terpaksa demi jaga nama baik batch- semangat tak aku..haha - untuk berlakon dekat depan semua orang siap live lagi..aih..mana tak malu..nak tak nak team aku kena jugak lah hantar wakil kalau tak kena denda pulak..


Tangan gigil..gila malu..dah lah atas permintaan tuan pengarah pementasan terpaksa lah aku pakai spek hitam besar buat aksi gedik-gedik sambil pegang handbeg gaya datin..kena tepuk meja sampai satu dewan terkejut..oh **** ..malu gila oi ..


Tapi yang buat aku rasa puas..bila tak semena-mena kitorang yang prepare last minute..dapat tempat pertama oi..bangga ni..hehe..at least berbaloi jugak lah aku wat aksi gedik-gedik tadi :p





Barisan tenaga pementasan di depan dan belakang tabir bersama tuan pengarah dan hadiah kemenangan..hehe..curi gambar dari facebook Afzan sebab malas nak download sendiri..ngehngeh :)

Mutiara Hati


" kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Allah lebih mengetahui..

hakikatnya hujan perlu dturunkan, kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan, kita sering menginginkan ketenangan, hakikatnya jiwa insani penuh dengan dosa dan kejahatan, tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan..

semua itu bukan 1 hukuman, tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman...."






Dah Nasib..

Rasa malang macam bertimpa-timpa..

episod 'kegagalan' hari ini bermula dengan..

a) lab Central Nervous System (CVS) gagal akibat kematian katak besar RM 15 yang berpunca dari orang lain..sedih okeh..

b) ini paling sedih..tablet mission failed again after 2nd re-attempt..tak tahu dah kat mana silap kitorang kali ini..pening pale teman pikior ni..isk..orang lain buat tablet sekali dah jadi ni kitorang dah masuk 2nd time pun gagal lagi..

isk..ape lah..memang saya tiada jodoh dalam buat experiment rasanya..asyik gagal je tak adenya yang berjaya.. mungkin memang tiada jodoh antara kita..haha :p

Let it Go..


p/s :tak semua yang disayangi akan menjadi milik kita..jadi hargai lah apa yang telah dimiliki pada hari ini..