Showing posts with label Gua Bebel Sikit... Show all posts
Showing posts with label Gua Bebel Sikit... Show all posts

Aku Tak Suka Yang Ini..



Ada dua benda yang saya sangat anti dan sangat tak suka sama ada ia berlaku dalam bulan puasa atau bulan-bulan yang lain..



1. Bunyi mercun


2. Bunyi meriam buluh




Yang pertama tu saya tak suka tapi saya masih boleh terima..memang habit lah kan orang suka main mercun malam-malam bulan puasa..bengang jugak tapi kuat-kuat mana pun bunyi dia tu telinga saya boleh cuba tahan lagi..




Tapi yang kedua tu...memang saya tak boleh tahan..masya-Allah bunyi dan gegaran dia macam nak tercabut atap rumah..ada dulu jiran rumah saya memang kuat main meriam buluh lagi-lagi malam esok nak raya..dah lah dok tuju kat rumah saya pulak tuh mana tak emo weh..rasa nak pecah gegendang telinga..hish hish..




Dan ini fakta..saya tak pernah pegang atau main sebarang mercun sepanjang 22 tahun saya hidup..haha..ok ini serious..fobia gila dengan bunyi mercun dan setakat ni saya hanya berani main bunga api dengan mercun pop aje sebab saya tahu dia tak bahaya dan bunyi dia perlahan..keh keh..




Lantak lah orang kata saya tak adventerous..dan lagi satu saya tak paham macam mana telinga korang boleh tahan dengan bunyi mercun yang kuat tuh eh.. :p




Okla selamat malam yuols ! 

Tak Suka Tapi Dah Terpaksa..



Ada banyak situasi macam ni kan ? hehe.. bila buat suatu benda..yang serious kita tak suka buat..tapi nak tak nak dan sebab dah tak ada choice lain..dengan redha dan rela hati terpaksa jugak la buat kan sambil tersenyum dan cakap SABAR LA SABAR LA kuat-kuat dalam hati..




Ada macam-macam contoh situasi..contohnya :




Situasi Satu


Bila ada orang yang kena buat research dan kena masuk lab yang dia tak minat sangat dan menyusahkan..dia tak suka pun..tapi dah terpaksa..redha jelah buat segala kerja lab yang tak seronok tu paksa dalam rela..




Situasi Dua


Bila ada orang yang tak suka menunggu..dan dia memang benci menunggu..tapi disebabkan dia perlu jugak naik bas dan pernah tunggu hampir satu jam setengah tengah panas tapi bas tak nampak batang hidung jugak..memang panas lah hati orang tu..




Situasi Tiga


Bila ada orang tak suka dan memang tak boleh terima subjek Fizik yang dia kena belajar..tapi nak tak nak..dia terpaksa jugak belajar subjek tu kalau dia tak nak fail dan tak nak ambil repeat paper..




Situasi Empat


Bila ada orang terperangkap dalam cinta yang dia sendiri tak berapa rela..tapi mungkin atas alasan kesian..harta atau bla bla bla..jadi nak tak nak dia terpaksa meneruskan relationship walaupun dengan tak sepenuh hati..




Situasi Lima


Bila ada orang yang sebenarnya dah kering idea untuk menulis..tapi akhirnya tangan nya masih terus menaip..walaupun sebenarnya dia merapu je dalam entri dia..kan kan..akhirnya terhasil la entri merapu macam ni.. :p




Banyak lagi situasi lain..korang pulak macam mana ? pernah tak jadi situasi suka terpaksa macam gini ? hehe..situasi di atas hanya rekaan ok..ada sesetengah je yang kena dengan diri sendiri..oppss !!


Bye Bye Ipoh..Jumpa Lagi Setahun OK !



As salam..



Finally..7 minggu berpraktikal sudah pun berakhir Jumaat lepas..hehe..dan ini juga bermakna aku mungkin tidak akan sampai ke Ipoh lagi lepas ni..fine memang aku tinggal di Perak tapi memang boleh kira je berapa kali aku datang Ipoh..



7 minggu bekerja yang penuh dengan pengalaman berharga..betul-betul ni sebab pengalaman tu tak boleh nak belajar dari mana-mana..I will miss that place - rasanya lah..haha-



Perkara yang akan sentiasa diingati..simpan ketat-ketat dalam hati :)




Woahh..Mi Rebus Ramli ni memang paling terbaik dan terfemes di Ipoh..orang kata dah femes satu Perak tapi kenapa aku tak pernah dengar ? ha ha..tapi bila dah rasa memang sedappp wookk !



Area rumah aku ada satu kedai chicken chop..fuhh memang marvellous..merasa makan sekali..memang rasa nak makan lagi..



Ulu Chepor..cantikk !! sempat jugak lah datang makan kat sini sekali..nak mandi-manda tak bawak baju extra pulak..



Orang kata tempat ni femes sebab tu aku pergi..tapi time pergi dah tutup pulak..nape aku rasa macam bosan je tempat ni =.=



Ni produk kilang yang paling legend..first produk yang dihasilkan dalam sejarah..dapat sampel free tapi belum ada keinginan lagi nak rasa sebab orang kata pahit..erkk ?



ecececeee



Gambar terakhir sebelum meninggalkan kilang..kitorang tengah menangis sebab tu terpaksa crop gambar muka -ayat hiperbola-



Bye Bye Ipoh..jumpa lagi setahun OK kot mana tahu dapat kerja kat hospital sana pulak nanti lagi..keh keh..


Makin Dewasa =.=



Aku selalu terfikir..



Bila kita dah makin dewasa..makin banyak benda yang kita kena fikir kan..makin banyak masalah..kepala hotak dok runsing fikir itu ini..



Kalau boleh ulang masa nak jadi masa darjah satu dulu..dalam kepala tak fikir apa-apa pun pergi sekolah..baju sekolah pun mak seterika..tak pernah heran pun busuk muka hitam ke..tudung senget..kain sekolah senteng..pakai seluar track suit dalam kain..selekeh mana pun sikit pun tak pernah kisah..tahu main je belajar malas..keh keh..



Sekarang..muka naik jerawat sikit dah tension..badan gemuk dah risau..tu baru diri sendiri belum masuk kena fikir hal orang lain..kalau kes yang couple duduk fikir hal bf/gf masalah cintun-cintan pulak..duk fikir pasal kumpul duit..beli rumah..hartanah..nak kawen bla bla bla..



Bla bla bla lagi..kan best kalau umur boleh diberhentikan..



Erkk..sorry membebel pulak kat entry ! ha ha peace yo =.=

Untitled.



Teringat pesan adik masa hari last sebelum aku balik ke rumah sewa minggu lepas..


Cerita nya begini..adik aku baru umur 5 tahun..pagi-pagi lagi dah pergi sekolah pra depan rumah aku..mak aku pulak kerja dia ialah hantar adik aku pergi sekolah tiap-tiap pagi..sejak paras kolestrol dia makin naik..dia dah mula hantar adik aku jalan kaki alang-alang boleh jugak joging..sebelum tu ofcos lah rempit naik motor je.


Eh..dah lari tajuk..bukan tu aku nak cerita sebenarnya..he he..okay lah lepas tu bila mak aku balik dari hantar dia..mak aku kata adik aku ade pesan benda..


"Kata dekat akak..nanti bila akak dah balik rumah..bila pulak akak nak balik sini balik..?"


Konfius ini satu soalan ke pesanan? sob sob..


 Sila abaikan pipi gemuk,eyebag dan segala jerawat..


Hem..okay lah dik nanti lagi dua minggu akak balik lah eh kita jumpa eh =.=

 

Fakta Ketika Menonton Filem BOLLYWOOD



Cerita hindustan ni sebenarnya  hebat jugak..kalau dapat cerita yang best tu kita sanggup tahan sampai 3 jam..cerita omputih ke melayu mana ada yang lama sampai 3 jam weh..hindustan je yang mampu..


Fakta semasa menonton cerita bollywood termasuk lah ( pada kacamata sendiri)


a)  Ni memang wajib..tiap kali menyanyi satu lagu mak ai baju tukar sampai 7-8 kali..tak penat ke..letih jugak mata ni tengok..kadang-kadang wonder gak berapa almari baju lah dia bawak untuk satu penggambaran tu kalau satu lagu dah 8 baju..ada 10 lagu apa kes ?


b) Ni pun wajib..kenapa  kalau lelaki aka hero dia mesti kaya nak mampus..siap ada kereta sport 8 biji..rumah besar gilak kalah istana takeshi..ada syarikat perusahaan gitu gini..uih..realiti nya memang ada ke yang kaya betul macam tu =.=


c) Pelakon bollywood adalah satu-satunya pelakon yang mampu menari dengan sangat hebat dan miming lagu dia orang dengan fluent sekali langsung tak salah lirik..kira nya cikgu shidah ada bakat ah jadi heroin hindustan an ? ha ha..


d)Hero bollywood sememangnya gagah gila..walaupun kena tumbuk 18 kali..jatuh bangunan 17 tingkat..terjun laut..kena tembak kat dada..tikam dengan pisau..tak pernah nak mati-mati..alih-alih hero akan bangun balik untuk menyelamatkan si heroin..ajaib bukan?


e) Kagum jugak sebab rasanya bajet filem bollywood selalu nya tinggi-tinggi..jarang betul shooting tu kat dalam India..semua nak hebat..London..Paris..New Zealand..okay ah paling cikai pun diorang shooting dekat Malaysia macam cerita One Two Ka Four tu kan..? sebab tu pemandangan memang sangat cantik..he he


f) Heroin bolllywood sekarang amboi seksi nya baju sesingkat yang boleh..tak macam cerita dulu kala semua takat pakai sari aje sari melayang kena tiup angin pun cepat-cepat cover sebab malu nampak aurat (perut).


g) Aksi guling-guling atas rumput..uih..gila tipikal :p


Biasa lah cerita tipikal..cerita Melayu pun sama juga..opps..cukup lah tu..ada banyak lagik kan korang boleh tambah lagi kalau nak ni an..he he..


Tapi antara ramai-ramai pelakon perempuan..saya suka dia ! tengok ni buat mimik muka buruk pun tetap comel an..



Dah lah comel..unik..unik sebab dia sorang je pelakon wanita bollywood yang berambut pendek dan ada lesung pipit..he he..

Lagenda Budak Setan..

Salam..




Semalam officially saya telah lengkap menonton kesemua kisah Lagenda Budak Setan dalam semua bentuk..he he..gila ketinggalan kan orang lain dah tengok filem Lagenda Budak Setan tu berabad lama dah saya baru tengok semalam..


Mula-mula..tentu nya saya dah baca novel..tapi lama sangat dah mahu dekat 5-6 tahun lepas..novel tak payah cakap lah memang best gila-gila..


Lepas tu bila kata nak keluar movie..ofcos saya memang sangat excited..sebab saya tahu mesti filem tu akan jadi menarik..aih..tapi ada je halangan saya tak berpeluang pun nak tengok di panggung wayang..nak download pulak tak reti..okay frust sikit masa tu ! ha ha..


Nasib baik masa kat rumah..saya follow setiap episod Lagenda Budak Setan bersiri yang tayang kat Astro tu..yang bersiri memang best..pelakon pun okay..yang paling penting jalan cerita memang follow sama macam dalam novel..dialog pun sebijik..


Tapi lepas tengok filem semalam..kecewa gila..kenapa cerita dia macam tu..terbukti novel setebal beratus-ratus muka surat tak boleh nak disingkatkan jadi dua jam..banyak sangat yang dipotong..cerita pun banyak diubah..


Memang kecewa..dengar kata novel Ombak Rindu yang best tu pun dah difilemkan..best lah kalau tak saya tak ulang baca novel tu sampai 4-5 kali..he he..apa lah akan jadi pada filem tu nanti..harap-harap tak lah mengecewakan peminat macam kita ni..

Bai..

 

Sexy Back..Yeah !


Aku macam sedar sesuatu bila tengok gambar-gambar ni..













Siapalah yang stalk aku sampai macam ni !


Kadang-kadang gambar sexy back ini memang menarik..tapi tak paham kenapa banyak sangat pose aku dengan kawan-kawan macam ni..konfius..ha ha..

Hopes, Dreams and Plans for the Next 365 days


Salam..


Yess..ini task terakhir bagi 30 Days Project..tulis entry ini sambil lap-lap peluh..penat jugak buat task ni..ha ha..


Untuk menjawab soalan ini :


" Hopes ,Dreams and Plans for teh Next 365 Days "

SATU :

Menggigihkan diri untuk menurunkan berat kepada 50 Kg..berat sekarang ?? aku berat seh tapi belum lah sampai tahap obes lagi tapi hampir obes..aih..


DUA :

Mengumpul duit dengan lebih banyak dan kurangkan aktiviti pemborosan..Aku mesti beli "benda" tu jugak tahun depan..


TIGA :

Maintain CGPA terkini dan cuba untuk tidak jatuh tergolek lagi pada sem-sem yang akan datang..cara nya ? konfirm lah kena kurang kan kemalasan dan tingkatkan usaha dan kerajinan..uhh..@#$%


EMPAT :

Menjadi blogger yang berjaya di dunia dan akhirat..ewahh tak boleh belah gila ayat..ha ha :p


LIMA :

Be more stronger and happier for the next 365 days :)


ENAM :

Fight for this love....ajaja fighting !! ha ha




Happy New Year Everyone !!


You're Beautiful Parody By 2PM

Siapa-siapa dah pernah tengok cerita You're Beautiful sila angkat tangan !! hee





Aku tertengok benda ni dalam SBS 2009 Gayo Daejun.Walaupun cerita ni agak bodoh sikit sebab nak tiru You're Beautiful yang pelakonnya si kacak Tae Kyung Oppa tu..tapi tak tahu kenapa aku suka teramat tengok benda ni..kelakar duh..ha ha


P/s : Now I started to love 2 PM group gila-gila..wink wink :)

Best Ke Blog Kau ?

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..eh..macam pembaca berita di RTM 1 pulak..he he


Pernah terselit di fikiran saya untuk berhenti dari dunia blog..kadang-kadang terselit juga rasa rendah diri segan silu bila membandingkan tulisan blog sendiri dengan tulisan blog orang lain yang saya sangat-sangat kagum dengan cara mereka menulis blog..


Ditambah dengan layout yang cantik..header yang hebat..widget yang up-to-date menyebabkan saya rasa ketinggalan dan menambahkan lagi rasa rendah di dalam diri..ditambah pula dengan isu yang kecoh sekarang blogger cantik vs blogger tak cantik demn lagi menambahkan perasaan tak gembira dalam berblog..


Masa awal-awal pembabitan blog saya cuba ikut nasihat orang-orang lama..tulis blog begitu lah begini lah..sedikit-sedikit saya cuba berubah untuk memuaskan hati pembaca..


Tapi sekarang saya sedar susah nak mengikut kehendak orang..jadi sekarang saya menulis mengikut kata hati..background header pun mengikut sedap mata memandang..pembaca yang rasa blog saya ni sekadar blog sampah busuk segala dipersila kan mengelik button pangkah di sebelah atas kanan anda..


Apa pun terjadi blog Zuhanis's Heart tetap di hati..ewahh..he he..


Blogger cantik dan kurang cantik..yang mana pilihan anda..sila jangan racist :p

First Day !


Semangat je nak buat update untuk hari pertama di praktikal..


Aku sampai di farmasi pukul 10.30..dalam hati dah dup dap dup dap..cuak do..okey..dah masuk dalam farmasi..pharmacist cakap-cakap sikit apa yang patut..tapi dia tak bagitahu detail apa kerja yang aku kena buat..


So aku dah confius apa yang aku kena buat sebenarnya..dan aku rasa kewujudan aku di situ memang agak tak diperlukan sebab farmasi tu kecil je tapi aku kira-kira semua pekerja kat situ dah ada 6 orang..


Customers pulak masya-Allah ramai gila aku tak pernah tengok farmasi orang seramai tu tak putus-putus..mungkin sebab tu lah dia ambil ramai pekerja kot..


Aku lepak kat kaunter..semua pekerja tu aku tengok semua expert gila kot kasi ubat..ada pakcik mintak ubat sakit pinggang..sakit lutut..laju je dia bagi..aku blur gila je rasa nya..


Rasa nya paling ramai customers mintak ubat sakit otot..sakit badan..gout..selsema dan tahan sakit..eh..tapi aku lupa dah nama ubat dia..he he


Dan yang paling penting semua pekerja tu lagi muda dari aku lah..grr..aku yang baru umur 21 tahun tapi aku paling tua..yang lain semua umur baru belas-belas tapi pasal ubat expert nak mampus..aku rasa macam kebodohan gila di situ..diorang tak belajar farmasi pun tapi boleh jadi expert gila macam tu..


So aku terfikir tak belajar bidang farmasi pun kalau hari-hari kau duduk kasi ubat kat orang lama-lama terror juga..kita yang penat-penat belajar ni tetap kalah dengan diorang sebab kekurangan pengalaman..


Tadi aku jadi agak down dan rendah diri..mesti dorang kata dia ni kononnya belajar farmasi tapi tak hebat mana pun..aih..


Tapi tak apa lah..anyway..today aku dapat belajar banyak benda dari check blood glucose sampai ke dapat tahu ubat apa yang patut di bagi pada customers..he he


Daaa :)

No Connection !


Salam..



Quick update !!


Jangan tanya kenapa sudah 3-4 hari saya menghilangkan diri dari dunia siber..blog berhabuk..hubungan luar pun terputus akibat tak dapat mengakses Twitter dan Facebook..ha ha..betul weh..tanpa Facebook sekarang kau akan rasa macam ketinggalan zaman kalah katak di bawah tempurung..ye lah dah semua class mate dok buat announcement penting kat Facebook dan Twitter..tak dapat buka macam kau tak dapat tahu lah semua announcement tu..


Yeh..kenapa aku jadi no connection di rumah..? akibat ketiadaan internet lah..grr..okey kalau nak tahu di rumah aku hanya bergantung harap pada encik streamix yang disayangi..tapi entah kenapa kau tiba-tiba tak berfungsi mungkin kena panah petir agak nya..demn..


Nak guna Celcom Broadband lagi lah..tiada guna nya sebab di kawasan perkampungan saya tiada signal 3G langsung...grrr lagi sekali..jangan nak tanya saya duduk di kawasan hulu mana sampai line 3G pun tak ada..-yeh mengaku memang hulu pun- :p


Cuti setakat ini tak lah begitu indah tapi lebih indah berbanding saya di Puncak Alam..Berharap Encik Streamix akan pulih seperti biasa..rindu nak blogjogging sampai berpeluh-peluh macam dulu..he he..


Bai bai..

Dear Diary..



Salam semua..



Aku saja je nak cerita pasal ni..korang pernah ada diari tak..? he he..tak pun journal ke apa ke tapi suatu buku yang korang tulis hari-hari pasal kisah hidup korang..


Kalau tak pernah tak tahu lah..tapi aku memang seorang penulis diari yang tegar..sampai ke hari ini..tapi mungkin method penulisan tu dah berubah sedikit menigkut peredaran zaman..


Kalau dulu zaman aku sekolah rendah campur menengah aku tulis dalam buku..letak diari bawah bantal sebelum tidur tiap-tiap hari tulis dulu bla bla bla apa yang jadi hari ini..ha ha..lagi nak nampak selamat siap beli diari yang berkunci bermangga lagi konon nya habis selamat lah tu.. :p


Aku tulis semua hal semua benda dalam diari..bila sedih bila gembira bila patah hati result add math teruk..ha ha.tapi dulu masa budak-budak cerita nya memang tak matang betul..kalau baca balik sekarang mesti fikir apa lah yang aku mengarut masa dulu-dulu ni..


Sekarang pun masih menulis lagi..tapi method dah bertukar ke penulisan maya aka blog pula yang aku private kan dan hanya aku yang boleh baca..lagi selamat rasa nya sebab kemungkinan untuk kantoi tu rendah berbanding tulis dalam buku..he he..


Okay lah..entry bosan sebab tak ada idea.. :p


Last but not least..I am home ! ngeh ngeh..

Rahsia Hati..




Kesian dekat hati..sebab kena menanggung macam-macam..bila rasa sakit..marah..geram..benci..sayang..semua akan simpan dalam hati..


Ada orang yang bila ada masalah..ada sesuatu..dia tak suka simpan dalam hati..mungkin tak nak buat hati rasa berat..bila luah dekat orang kawan mak abah beban di hati rasa kurang..rasa lega sebab tak payah nak tanggung banyak hal dalam hati..


Ada orang malu nak luah dekat kawan..mak abah atau bf..dia ambil pendekatan tulis dalam diari..luah dalam blog..tulis dalam kertas benda yang buat kau tension lepas tu bakar tak pun peronyok kan kertas tu buang jauh-jauh..gila..nampak macam phycho je kan kaedah tu..hehe..


Ada juga orang tak nak guna pendekatan apa-apa..bila ada apa-apa simpan je lah dalam hati biar beban makin banyak sampai rasa nya kalau hati boleh bercakap mesti dia menjerit tak mahu tanggung dah masalah kau lagi..


Saya guna semua kaedah..hehe..termasuk peronyok kertas tu pun saya pernah buat..kau physco !! haha


Tapi kadang-kadang saya memilih untuk memendam hal-hal yang saya rasa patut disimpan..


Dan sebab tu saya memilih untuk menyimpan dalam-dalam kisah cinta..kisah patah hati..kisah hati berbunga-bunga..dan tidak akan menceritakan hal-hal berkenaan di blog..rasanya ada banyak lagi boleh cerita kan dan hal-hal tu boleh diabaikan lah.. :p


Sorry lah saya banyak membebel akhir-akhir ni if panjang sangat sampai penat baca pun tak apa boleh klik pangkah kat hujung belog ni senyap-senyap..


Okay lah.. Nak tidur mata mengantuk..Bai bai ! hehe :)




Satu Periuk Nasi..




Wahai nasi..



Beritahu kami rahsia kamu..bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?


Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing vavuval. Di ketika lain, kamu pula bergaul dengan potongan daging ayam Ipoh yang empuk..


Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan..


Di pesta kami yang meriah, kamu sentiasa berada di sana meraikannya bersama-sama..


Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami ketupat dan lemang..


Deepavali tidak kan sama tanpa kamu yang memberikan warna paling menarik untuk dijadikan kolam..


Dan di ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang..


Di Hari Gawai dan Kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya !


Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih- tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu atau garfu, atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami..-


Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama keluarga menikmati hidangan, kamu sentiasa hadir untuk mengingatkan kami tentang rahsia sebenar negara kita..


Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi - yang dipenuhi , satu demi satu, dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.-


Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab - untuk terus mengisi periuk nasi ini, bersama-sama, untuk mereka yang hadir selepas kita-



SELAMAT HARI MALAYSIA semua... :)


credit to : iklan Maybank- Utusan Malaysia, 16 September 2010-

Lalat Dalam Daging..?




Lokasi : Bazar Ramadhan XXXX



Waktu : 4.30 p.m


Tengah asyik berjalan-jalan..terpikir dalam kepala nak berbuka makan apa hari ni..pusing punya pusing jumpa satu kedai jual lauk-pauk baik punya..hehe..belek punya belek..tertarik dengan daging masak black pepper..nampak sedap gila je..


" Kak..nak daging ni dua ringgit ek..sambil tangan tunjuk ke daging"


Yey..dah dapat daging..tak sabar nak makan..tengok memang tahap terliur gila ni..cepat-cepat lah azan..haha..


Azan TV1 berkumandang


Aku makan dengan lahapnya..oh..saya dah baca doa dengan cuci tangan dulu okeh.. :p tinggal lah lagi beberapa suapan terakhir..


Tiba-tiba " apa benda hitam-hitam dalam daging ni..Siut gila..baru perasan dalam daging ada lalat seekor yang dah sedap enak dilimpahi kuah black pepper.."


Ceh..buat selera gua hilang je..akibat lalat ni esok kalau kena diarrhea memang semua angkara dia lah..


P/S : Moral of the story dari cerita ini..berhati-hati lah ketika membeli makanan di bazar..memang semua nampak sedap tapi kena tengok-tengok jugak tahap kebersihan makan tu..hari tu member dah terkena beli nasi kerabu ayam goreng tak usha-usha dah makan baru perasan kat ayam gorang tu gila banyak telur lalat melekat kat situ..aduh..hari ni saya pulak jadi mangsa..ini pesanan ikhlas dari penaja +_+


Tak nak letak gambar nanti hilang pulak selera korang semua..babai..


Tukar ShoutBox !



Salam bloggers..


Ini pun satu announcement juga..saya ni kuat betul kasi annoucement..haha.. :p

Dengan ini saya mengumumkan yang shoutbox saya yang dulu ada kat tepi atas sebelah kiri ni dah ditukar..ini pun sebab ada ramai yang wat report kata shoutbox saya sebelum ni susah nak dikesan..kesian korang kena main sorok-sorok dulu dengan shoubox saya tu baru boleh jumpa..hehe..



So pasnih sume orang klik kotak merah ini okeh..sorry semua sebab buat korang susah kena main hide and seek dengan shoutbox dulu...harap yang sekarang lebih clear dan mudah nak dicari..rajin-rajin lah bagik komen ya :))

Out dulu..babai..



Macam Tu Pun Ada ke?


kadang-kadang rasa diri serabut..

masalah nya bukan masalah yang menimpa diri besar ya amat pun..

alah..sebesar kuman je tapi diperbesar-besarkan jadi mengalahkan besar raksasa pulak.. :p

eh..

macam tu pun ada ke..?

apa yang macam tu..hehe..

macam-macam lah...orang ada pelbagai..jadi ragam pun ada pelbagai la kan..

kadang-kadang susah nak berhadapan dengan sesetengah spesies homo sapiens ni..

bila perangai dia lain dari yang lain..entah lah..

cuba nak meluahkan perasaan tapi takut karang jadi lain pulak..

okeh-okeh..tutup cerita di atas..case closed :p

ingin diberitahu bahawa saya bukan seorang yang kompleks..

simple bukan kah lagi bagus..

kepala tak pening kan?


p/s :tak sabar nak tunggu hujung minggu ini..nak jumpa buah-buah hati..sengih sampai telinga :))