Showing posts with label 30 Days Project. Show all posts
Showing posts with label 30 Days Project. Show all posts

Hopes, Dreams and Plans for the Next 365 days


Salam..


Yess..ini task terakhir bagi 30 Days Project..tulis entry ini sambil lap-lap peluh..penat jugak buat task ni..ha ha..


Untuk menjawab soalan ini :


" Hopes ,Dreams and Plans for teh Next 365 Days "

SATU :

Menggigihkan diri untuk menurunkan berat kepada 50 Kg..berat sekarang ?? aku berat seh tapi belum lah sampai tahap obes lagi tapi hampir obes..aih..


DUA :

Mengumpul duit dengan lebih banyak dan kurangkan aktiviti pemborosan..Aku mesti beli "benda" tu jugak tahun depan..


TIGA :

Maintain CGPA terkini dan cuba untuk tidak jatuh tergolek lagi pada sem-sem yang akan datang..cara nya ? konfirm lah kena kurang kan kemalasan dan tingkatkan usaha dan kerajinan..uhh..@#$%


EMPAT :

Menjadi blogger yang berjaya di dunia dan akhirat..ewahh tak boleh belah gila ayat..ha ha :p


LIMA :

Be more stronger and happier for the next 365 days :)


ENAM :

Fight for this love....ajaja fighting !! ha ha




Happy New Year Everyone !!


This Year..In Great Detail ..


Cepat sungguh masa berlalu kan..tup tup esok dah masuk tahun 2011..eh lupa nak kata congrats kepada team Malaysia sebab menang kelmarin..he he


Okay..berbalik kepada soalan di atas..ini bersangkutan dengan 30 Days Project aku tu lah..he he..aku tak nak lah cakap dalam great detail..aku nak cerita gila-gila pun kisah hidup aku ni aku tak rasa orang teringin nak baca kan..aih


Gula-gula manis :


a) Aku memang jarang pergi holiday..and holiday bersama besties akan menjadi perkara yang paling manis untuk dikenang sepanjang hayat..he he..


Pulau Pangkor's momento


Tour to KL with Hop On Hop Off Bus


b) Annual Dinner dengan tema Masquarade Party yang dikendalikan oleh my batch..percaya lah ia sangat berjaya..he he




c) Four of my class mates dah berjaya melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing tahun ni..tahniah semua..tapi satu je yang aku berjaya attend..satu kelas ada 91 orang tolak 5 orang dah kahwin masih ada 86 yang belum kahwin..lepas ni turn siapa pulak eh..ha ha


Amin's wedding :)


d) My family berjaya membuka homestay pada tahun ini..tak percaya ? klik SINI..he he


e) Result terbaik setakat ini ialah pada semester 4 tahun ini..tak lah sampai 4.00 aku tak lah bijak sangat kot..cukup lah setakat 3.X7 :p


f) Last..aku menubuhkan blog ini pada tahun ini..dan aku dah belajar banyak benda sejak aku memulakan aktiviti berblogging ini..he he


Gula-gula masam campur pahit :


a) Ia sangat teruk bila teringat masa belajar Pharmacognosy last semester..tension tension tension..itu je word yang sesuai untuk subject itu..


b) Practical was not going very well..i don't know why..aih :(


c) Telinga tersumbat dua minggu memang satu situasi yang tak menyeronokkan..ha ha


Ternyata benda manis lebih banyak dari yang masam..he he..eh sebenarnya tak pun tapi masa aku tulis entry ni tak tahu kenapa aku boleh lupa semua perkara pahit..grr..


Dah Habis !!

30 Days Project Marathon ( Part 3 )


Day 25 — Your day, in great detail


Hari ini..sama juga seperti hari-hari semalam..aku duduk di rumah 24 jam..melakukan rutin yang sama..bangun tidur..mandi..memasak untuk lunch..makan dan menonton tv..oh sekarang setiap hari aku wajib tengok cerita Tiramisu TV3 dengan Maid Sama dekat Animax..grr..bosan kan..aih..


Day 26 — Your week, in great detail

Minggu terakhir untuk bercuti sebelum akan kembali ke Puncak dan meneruskan pengajian..lepas ini tiada lagi cuti panjang di rumah sebab busy berpractical dan apa-apa entah lagi..-cry- jadi aku cuba menghabiskan cuti dengan buat apa-apa yang aku suka..suruh mak masak makanan kegemaran aku yang aku tak akan dapat masa dah kat Puncak..-okay cry again-


Day 27 — This month, in great detail

This month sangat heaven sebab saya bercuti !! tapi aku agak kesedihan..ewahh..he he..sebab aku tak berjaya memujuk abah untuk pergi bercuti ke mana-mana..okay setiap tahun pun cubaan kami adik beradik untuk pujuk abah pergi holiday gagal..


Setiap kali kitaorang tanya.."Abah..Jom pergi Cameron Highland tengok stroberi..? " Dan setiap kali lah abah aku akan jawab " HUH " aih..tu je yang dia jawab..


Ahh..tak pelah..at least dapat duduk rumah lama-lama pun ai dah happy sangat-sangat..wink wink :)


Day 28 — This year, in great detail
Day 29 — Hopes, dreams and plans for the next 365 days


Question day 28 and day 29 akan dijawab pada 31st Dec..itu akan jadi summary dan penutup cerita kepada hidup aku pada 2010..he he..


To Be Continued !!

30 Days Project Marathon ( Part 2 )


Day 21 — A recipe

Aku suka memasak tapi masakan aku tak sedap..aku pun tak tahu kenapa..ha ha..jadi tak nak tempek resepi..aku tak pandai memasak lah :p


Day 22 — A website

Nak download software untuk laptop korang..antivirus ke..widget-widget yang terkini..selamat dan mudah..klik lah SINI..hehe


Day 23 — A YouTube video




K-pop kipas susah mati..yang belum tengok boleh lah tengok ni eh..kelakau..ha ha


Day 24 — Whatever tickles your fancy

I love pink..very-very much..he he :p

30 Days Project Marathon ( Part 1 )


Gila lama saya tinggalkan project ni..sepatutnya tempoh dia sebulan tapi dekat 2 bulan dah sekarang masih tak siap-siap lagi..ha ha..


Jadi hari ini nak menyelesaikan yang mana yang tertangguh..


Day 13 — A fictional book

Seingat saya ada satu je buku yang melekat di hati sehingga sekarang dan memberi impak yang besar dalam hidup..


" Buku Eksplorasi Kimia SPM Tingkatan 4 dan 5 "


Sebab buku ini saya jatuh cinta dengan kimia ( sekarang tidak lagi..aih )..buku itu masih ada buat warisan kepada adik-adik tapi dah sangat buruk malu pulak nak tayang..ha ha


Day 14 — A non-fictional book


Lagenda Budak Setan


Walaupun buku tu sangat tebal tapi saya berjaya menghabiskan pembacaan dengan bersemangat..tapi saya baca tu dah lama sinopsis cerita dia pun dah ingat-ingat lupa..he he


Day 15 — A fanfic

None


Day 16 — A song that makes you cry (or nearly) -skip-


Day 17 — An art piece (painting, drawing, sculpture, etc.)


Ada seseorang pernah lukis diri saya dalam sehelai drawing paper..dan saya masih simpan lukisan tu sehingga hari ini..nak tunjuk sini? tak payah lah.. :p


Day 18 — Whatever tickles your fancy

None


Day 19 — A talent of yours


Saya rasa talent saya ialah singing..ha ha..nak bukti ?

klik untuk tumbuh besaran


Itu saya dapat masa saya darjah 6..sekarang dah bersara dah..kini saya hanya menyanyi dalam jamban tak pun depan laptop je..nak masuk AF tu tak payah lah awal-awal dah direject rasanya..ha ha


Day 20 — A hobby of yours


Hobi saya ini saya kategorikan sebagai yang terlatest..saya suka berblogging !! ngeh ngeh :)


To be Continued

Day 11 ( A photo of you taken recently )

Hola..



Ini gambar yang agak terbaru yang berada dalam laptop..sebenarnya ada yang lagi baru dalam handphone tapi aku malas nak transfer..sekarang aku dah mula memakai tudung awning indon ni tak kisah lah muka aku jadi bulat-bulat pun tapi sebab mudah ku pakai juga..he he..


Siapa budak hingusan sebelah aku tu..anak buah..cucu..atau anak jiran sebelah..?


Hey itu adik aku lah..di rumah ni dia lah kesayangan..ye lah budak paling kecik semua orang pun sayang..tapi mak ai degil ya amat..grr..nasib baik kau comel kalau tak aku cubit-cubit pipi dia ni..



Bye !

Day 10 — A photo of you taken over ten years ago


Godek-godek gambar tapi dalam laptop aku tak ada gambar masa aku baby lagi..yang ada ini je lah aku tempek aja..masa ni aku Tingkatan Dua kot..ada lah dalam 7 tahun lalu..ha ha..


Demn..muka kami dua-dua gemuk..yeh dulu masa sekolah aku gemuk..tapi sekarang lagi lah gemuk..grr..


Nak tahu lokasi gambar ini ? dalam tandas sekolah okay..busuk tak dalam tandas pun sempat posing lagi..he he..tangkap ni guna handphone kawan..ye lah dulu masa sekolah duduk hostel handphone haram tahu..tapi dia ni berani bawak jugak..nak tak nak kena posing dalam tandas..


P/s : rindu nak pakai uniform sekolah lagi..rindu zaman muda remaja..

Day 09 — A photo you took



Saya ambil gambar ini waktu berkelah dengan family di Lata Kinjang..Lata Kinjang tahu bukan Kijang..tak lah famous mana pun tapi famous lah bagi sesiapa penduduk negeri Perak..ahaha..


Cantik tak saya ? :p

Day 07 ( A photo that makes you happy) & Day 08 ( A photo that makes you angry/sad)




Caption : Kedua-dua gambar pernah membuat aku menangis dan gembira..jadi tak dapat nak decide ikut suka korang nak kategori kan gambar ini gembira atau sedih..he he..


Done !

Day 04 (Your favorite book)

Now saya serious dah jarang membaca..so boleh tak nak skip soalan ini?


Eh..eh..tapi tak pelah..saya jawab jugak lah satu..


Detective Conan no Manga


Saya gila watak tu so semua pasal dia saya suka..childish betul kau.. :p


Day 03 (Your favorite television program)

Simple answer :


Detective Conan Series


p/s : OMG..makin lama makin terserlah ketakmatangan aku..he he

Day 02 ( Your favorite movie )

Nak jawab pendek je boleh ? he he


Sebenarnya ada banyak..tapi..


One of my favourite movie is :


Madagascar


Ngeh ngeh..cerita kartun ada binatang 4 ekor tu..biar lah aku suka tengok cerita kartun nak buat macam mana ..sila jangan kutuk aku tak matang :p


Day 01 (Your favorite song )

Ngeh..favourite song ada banyak kalau kira dari dulu sampai sekarang sebab aku jenis suka tukar lagu kegemaran..yang sedap di dengar di telinga lah aku suka dengar..he he


But the latest one is :


Kimia By Imelda Ahmad





Tajuk lagu macam nerd sikit..he he..tapi bila dihayati lirik sebenarnya lagu ini tiada connection pun dengan hidup aku..eh..kalau ada pun mungkin sikit-sikit je kot..he he..just suka sebab bagi aku lagu ini comel sangat-sangat..


Done :)