Showing posts with label I am Survivor... Show all posts
Showing posts with label I am Survivor... Show all posts

Habis Exam Terus Start Latihan Industri ? =.=



As salam..



Woih..saya dah habis exam tadi ! wii..ha ha..walaupun ending exam ni hampagas dan hancuss sebab last paper tetiba keluar disease pelik yang aku tak pernah dengar..siap suruh define dan bagi simptom..sory la memang sah-sah burn banyak markah kat situ..isk isk..



Senang kata rumusan untuk exam sem ni : ANDA BAKAL HANCUR.. =.=



Banyak subjects tak reti jawab..bukan tak study entah lah tak ada rezeki kot..aku target lain benda lain pulak yang keluar..kurang luck sikit sem ni..mungkin patut try tilik nasib untuk sem depan..ha ha..



Aku sekarang berada di Ipoh..sewa rumah dengan 3 kawan aku yang lain..esok dan dua bulan seterusnya akan buat latihan industri kat Chemor..entah jadi apa lah esok..aku tak ready sangat lagi sebenarnya..



Dah lah tak sempat ganti tidur sebab study semalam..penat sebab dua minggu jadi zomba..esok kerja masuk 8.00 sampai 6.00 petang..lamaa oii..kot kena berdiri 10 jam tu mahu krem pulak kaki ni..



OKAY lah..ngantuk sebenarnya tapi update jugak lah sekejap..sorry entry BOSAN ya amat..goodluck kawan-kawan untuk LI esok..



Mmuahh..he he :D

Research hoi hoi !!



Okay..ada banyak benda yang menganggu sel-sel neuron di otak aku sejak kebelakangan ni..bukan lah nak merungut sebab memang ini hakikat yang perlu ditanggung bila dah nak masuk final year..so nak tak nak kena redha juga lah kan..


Research pun dah start..and tajuk reseach pun dah dapat..research aku berkaitan dengan treatment anticancer dan kena bermain dengan cell culture..so ofcos memang next semester aku akan berkampung di dalam makmal..ye lah nak biak cell culture tu biar dia sihat gemuk dan kuat macam tuan dia.he he..mungkin kena get ready ada toto dengan bantal lebih untuk bawak ke dalam makmal kot mana tahu kena tidur kat sana..isk isk..


Jadi hujung minggu ini dan seluruh minggu depan sangat busy dan akan dihabiskan dengan membaca jurnal-jurnal yang tebal dan kompleks tu sebab jumaat depan dah kena submit literature review kat supervisor..


p/s : if sesiapa tahu site atau link untuk cari jurnal..please-please kasi tahu sama saya okes..


Semangat !! hoi hoi !!

Note from Pharmacist To Be With Love..


I realized I was really scared with the hospital since I was kid..I scared with the people including the patients, nurses and doctors..I scared with the smell of the hospital..I scared with blood..I scared with dead peoples..and every time I went there..I will have stomachache without no reason..ha ha..and that is why I don't like to be in the hospital..


My ambition when I was kid is to being a doctor..even mak asked me to apply medic after I got my Pre-Degree result..but I can't..I was not strong enough to hold the big responsibilites because a doctor need to save people's life..and the other reason was also due to my phobia I think..ha ha..then I chose to further my study in Pharmacy..I just apply..because I love Chemistry then..he he..


Now..after three years..I realize ( once again..lol ) to become a pharmacist..I also have to hold a very big responsibilities..yes for sure I need to work in the hospital..I need to see patients which sometime in a horrible condition..and maybe I can caused death of my patients if I do mistakes..that's the most scariest part I think..hmm..


However..It is a shame if I am turning back now so I will keep looking forward..I am trying my best to overcome my weakness..and I hope I can get the strength to face all these things..


Next month..for the first time in my life..I will be going to the hospital and start my hospital attachment at Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang for 4 weeks..my friends told me that there were a lot on Banglas and Indons there..ha ha..I wish it will give me a lots of experiences and informations..


P/s : Sorry for the broken English..ha ha..I dont expect people will read this boring entry..but if you read this..thank you !! hee :)

Ada Orang Puji Moles Saya Lah..HEE



Terima kasih cik Echah sampai mention nama saya dalam entry....eh terkembang pulak aku seketika..ha ha..


Nak tahu lebih usha entry ini..

orang cakap mak aku keling.aku cakap mak aku melayu


Selama 21 tahun saya hidup belum pernah ada orang puji moles saya okay..echah orang pertama..bukan satu nak lima pun saya boleh bagi..sayang echah lebih ni..hee


aku dan moles..


Nanti ada pulak orang kata aku perasan..baru puji sikit nak kembang..biar lah..orang tak selalu dipuji begitu lah..he he..


Cuba orang dah selalu puji kau cantik kau comel..mesti kau lali kan bila dah selalu dengar orang cakap macam tu aje..dah tak heran dah kalau ada orang cakap kau cantik..


Eh teremo pulak..he he..dah tak nak cakap apa-apa lagi..


Bye Bye !

First Day !


Semangat je nak buat update untuk hari pertama di praktikal..


Aku sampai di farmasi pukul 10.30..dalam hati dah dup dap dup dap..cuak do..okey..dah masuk dalam farmasi..pharmacist cakap-cakap sikit apa yang patut..tapi dia tak bagitahu detail apa kerja yang aku kena buat..


So aku dah confius apa yang aku kena buat sebenarnya..dan aku rasa kewujudan aku di situ memang agak tak diperlukan sebab farmasi tu kecil je tapi aku kira-kira semua pekerja kat situ dah ada 6 orang..


Customers pulak masya-Allah ramai gila aku tak pernah tengok farmasi orang seramai tu tak putus-putus..mungkin sebab tu lah dia ambil ramai pekerja kot..


Aku lepak kat kaunter..semua pekerja tu aku tengok semua expert gila kot kasi ubat..ada pakcik mintak ubat sakit pinggang..sakit lutut..laju je dia bagi..aku blur gila je rasa nya..


Rasa nya paling ramai customers mintak ubat sakit otot..sakit badan..gout..selsema dan tahan sakit..eh..tapi aku lupa dah nama ubat dia..he he


Dan yang paling penting semua pekerja tu lagi muda dari aku lah..grr..aku yang baru umur 21 tahun tapi aku paling tua..yang lain semua umur baru belas-belas tapi pasal ubat expert nak mampus..aku rasa macam kebodohan gila di situ..diorang tak belajar farmasi pun tapi boleh jadi expert gila macam tu..


So aku terfikir tak belajar bidang farmasi pun kalau hari-hari kau duduk kasi ubat kat orang lama-lama terror juga..kita yang penat-penat belajar ni tetap kalah dengan diorang sebab kekurangan pengalaman..


Tadi aku jadi agak down dan rendah diri..mesti dorang kata dia ni kononnya belajar farmasi tapi tak hebat mana pun..aih..


Tapi tak apa lah..anyway..today aku dapat belajar banyak benda dari check blood glucose sampai ke dapat tahu ubat apa yang patut di bagi pada customers..he he


Daaa :)

Aku Dan Kereta




Kisah nya begini..


Kelas akhirnya tamat juga..Test yang susah cam @#$% pun dah lepas..hati senang gila lalu kami berjalan-jalan anak ke kereta..tak sabar nak pulang ke rumah sambil perut pun menyanyi-nyanyi minta diisi..


Sampai ke kereta..


" Oh no..siapa yang block kereta kita ni..macam mana kereta nak keluar ni !! "


Masing-masing pusing-pusing mengelilingi kereta yang block jalan kitorang ni..sape punya kereta lah yang duk menyibuk tengah jalan ni..geram dalam hati..


Salah seorang cuba buka pintu kereta yang memblock jalan kami tu.." eh..tak kunci lah !! " oh..harapan kembali bersinar..semua pun happy gila lalu seorang masuk dalam kereta dan menurunkan handbreak ..


Dengan harapan dapat tolak kereta tu ke depan..masing-masing ada 5 orang cuba menolak kereta tu sepenuh hati..tapi masing-masing pelik kenapa kereta tu tak bergerak-gerak..macam-macam andaian ada yang kata mungkin kereta honda ******* tu berat gila hingga tak mampu ditolak oleh orang-orang yang kecil molek seperti kami..mungkin tayar tu dikunci..macam-macam lagi..


Ahh..peluh jantan masing-masing dah menitik jatuh ke tanah..tak lama kemudian ada bantuan dari beberapa orang untuk membantu
dalam usaha menolak kereta..tapi mereka buat-buat tak endah sambil jalan pun perlahan-lahan..


tolak jangan tak tolak :p


" Tolonglah tolak kereta ni..salah seorang berkata-kata kepada mereka "


Dan tiba-tiba salah seorang daripada orang yang ingin membantu tadi berkata :


" Sampai bila pun kereta tak bergerak kalau gear tu dekat P je..cer ubah ke D..sure jalan !! "


Mak ai..macam mana lah boleh bengong gila sampai lupa nak check gear tu P ke D..hehe..malu gila pun ada..tak pepasal je dapat malu dengan orang yang memberi bantuan tadi..haih..


Moral nya : Sila check dahulu hand break dan gear kereta yang memblock kereta anda..jangan ulangi aksi seperti ini..


p/s : dialog telah diubahsuai mengikut kesesuaian cerita..tiada kaitan antara yang hidup dan mati..hehe :p

I'm Home !!




Ohoho...tadaima..finally I'm home :)


Ngehngeh..perjalananan semalam agak tapi tak lah mencabar sangat..sebab ni first time saya kena naik bas dari Bukit Jalil :p


Selepas housemate drop kan saya dekat Bukit Jalil..gigih la ni nak cari tiket balik..oh ya..tiket saya tak perlu risau sebab bas ada sejam sekali..hehe..ngan beg pegang sampai dua berat siud..jalan sorang-sorang..jari gua nyaris putus oke..haha..baru time tu ada orang kat sana bagitahu.....


" Bas balik Tanjung Malim tak de kat sini dik..adik kena pergi Hang Tuah baru ade..nak pergi sana kena naik bas rapid yang ade kat tepi tu.."


Aduh..Hang Tuah kat mana pulak..pernah dengar tapi dari Bukit Jalil ni tak pernah pulak pergi..


Naik la bas tu..saya bukan tahu pun Hang Tuah kat mana..tahu-tahu bas tu berhenti last dekat Pudu Raya yang tengah renovate tu..


Aihh..dari sini macam mana nak pergi Hang Tuah..nasib baik ada pakcik berhampiran..tanya la pakcik tu macam mana nak pegi Hang Tuah..jauh tak dari sini..dia kata jauh jugak..tu dia bagi la direction sikit..ntah..runsing dah time tu..perut dah lah lapor ni..isk..


Jalan-jalan..jumpa teksi..naik teksi je lah pergi sana senang sikit..tapi hampeh nya aku rasa jarak pergi sana 5 minit je kot naik teksi..10 ringgit dia paw aku..tak pe2..tak larat aku nak bergaduh puasa-puasa ni.. :p


Akhirnya jumpa Hang Tuah..jumpa bas..dan balik dengan selamat..


Wii...rumah ibarat heaven..-gelak kuat-kuat..haha-