Ikan Masin Disyaki Ada Pengawet Mayat


JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.


Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.


"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.


Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. - Agensi



P/S : Nasib baik dekat indonesia..ntah-ntah kat Malaysia pun ada jugak tak ek..isk.

7 Heart Beats:

Anonymous said... [Reply to comment]

um, even shampoo clear ade pengawet mayat. betapa kuat bahan chemical dia~

Unknown said... [Reply to comment]

uishh..bhaya r!!

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

macy :ek..isk..pastu nak pakai apa lagi ni dah semua ada pengawet mayat..
echah mashuri : bahaya sangat..huhu

ms.GrEEn said... [Reply to comment]

alahai..aku dala suke ikan masin..uhuhu.camno nih

Fuz said... [Reply to comment]

Yukkksss.....

Afiq Din said... [Reply to comment]

naseb bek la...

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

ms green :aiyak..kat malaysia ikan masin nya sume okey kot..hehe
peminat katie holmes :yukss gak..isk
afiq din : memang baik :)