Aku Semakin Matang..?




Hey yuu..ayat gediks kluar lagi..hehe :p


Sekarang seyes wa rase wa semakin matang - macam ayat rempit pulak aku rasa..hehe- benda paling obvious ialah topik perbualan kau sekarang dengan kawan-kawan dah berubah..


Contohnya..kalau dulu masa zaman-zaman sekolah masih tak matang sangat..topik perbualan dengan kawan-kawan selalu nye ialah..ape khabar bf kau..? aku nak bf yang kacak..? result Spm aku teruk..? nanti lepas ni aku nak sambung belajar kat mana..nak course apa.? bla bla bla..sambil borak boleh gelak-gelak tak fikir apa-apa pun..haha..


Tapi sekarang..bila berborak dengan geng-geng sekepala..topik nya dah jadi makin berat dan bila fikir boleh buat runsing seketika..topik perbualan dah berubah kepada..nanti akan datang aku nak kerja kat mana.? cukup ke gaji aku akan datang nak tanggung anak keluarga mak ayah segala..? nanti lepas kahwin nak tinggal kat mana..? bila dah kahwin anak nak berapa..? larat ke kau nak tanggung nanti..? mimik muka semua masing-masing bila borak berkerut sambil fikir sebarang kemungkinan masa akan datang..


Dulu masa muda-muda umur tak masuk dua puluhan lagi tak pernah langsung pun berfikir macam tu..ketara lah sekarang semua dah berubah bila umur berubah pemikiran kau pun dah berubah makin pandang ke hadapan..good..


Serious rindu zaman dahulu kala..zaman sekolah-sekolah dulu walau pun banyak masalah juga tapi tak semacam sekarang..dulu-dulu happy je sentiasa setakat fikir pun risau result SPM je..ala..sekarang banyak lagi benda nak fikir...rindu rindu..



4 Heart Beats:

farhana afri said... [Reply to comment]

betol2.. ske tyme skola dulu.. xyah pk paper.. sekarang nk pk esaimen lagi.. thesis lagi.. duet...nxt yr nak cari tempat keje lagi.. dpt keje ker tak.. isk... mahu ke zaman2 kanak2 semula..!!

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

yelah..sekarang makin banyak masalah..nak kecik balik..isk

Peminat Katie Holmes said... [Reply to comment]

kadang2 benda2 macam tu yg buat gua nak cari doraemon dekat jepun. turning back time.

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

tu lah..kalau doraemon tu betul2 wujud sy pun nak bela satu gak..