Kad Raya Dah Ketinggalan Zaman Ke ??




Salam you oll- eh..nada gedik pula..haha-




Nak cerita pasal ni sebab suka dengan iklan raya
baru Pos Malaysia..hehe..korang ada tengok kat tv tak..eh..kalau korang tengok tv mesti ada punye..kalu tak tengok lagi sila duduk depan tv lama-lama atau you tube pun ada jugak rasanya..hehe..


Iklan tu kata walau dah ada internet pun..kadang-kadang pos masih berguna juga..tapi zaman sekarang..zaman kirim-mengirim kad raya ni makin dilupakan pun..rasanya 10 tahun lagi masa tu memang dah maju gila kad raya mahu tak wujud dah kot..


Dulu-dulu masa kecik-kecik zaman sekolah..bila puasa nak dekat raya semua orang sibuk nak hantar kad raya..masing-masing lawan sape ada kad raya paling banyak..sebab nanti masa raya boleh gantung kat dinding ataupun buat pokok @ ranting penuh dengan kad raya..masa kat rumah pulak hari-hari dok tunggu posmen sebab tunggu kad raya sampai..


Ingat lagi masa saya zaman sekolah duduk asrama gigih nak bagi kad raya satu batch ni..nak jimat kos pergi lah fotostat banyak-banyak kad raya tu bia dapat bagi sorang satu..gila kedekut kau..haha..


Semua pun wajib ah dalam kad raya korang mesti ada pantun ni kan ..


Pecah kaca,
Pecah gelas.
Sudah baca,
Harap balas.


Tipu gila kalau korang tak pernah guna pantun 4 kerat ni dalam kad raya korang..baik mengaku semua ni..hehe :p


Tapi sekarang benda ni tak berlaku dah pun..bila nak raya sekarang semua orang mesej raya guna facebook..twitter..gune SMS..atau pun masing-masing reka kad raya publish kat blog atau pun facebook tag orang ramai-ramai kan..


Rindu dengan suasana dulu..tapi ape kan daya zaman dah berubah..sekarang nak pos pun duit setem dah naik bukan macam dulu setem 20sen dah boleh pos kad raya..sekarang 60 sen baru boleh pos oke..agak mahal kan..compare dengan kita wish raya guna internet atau SMS..


okeh lah..apa-apa boleh komen ya..hehe..out :)


7 Heart Beats:

Atsuko said... [Reply to comment]

hehehe...
btol gak...
tp klau kad raye tu boleh gak disimpan2...

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

hehe..btl2..tahun ni xdpt kad raya pun..aih

mr.zoul said... [Reply to comment]

melawat juga..cari shoutbox xjumpe...

Sayang Saadiah said... [Reply to comment]

saya masih rajin hantar kad raya.. tapi skrg setem dah mahal la.. :(

Faizal n Fashitah said... [Reply to comment]

Zaman dah berubah. Tak macam dulu.. kad raya yang kite dapat berlambak2. Sekarang ni pun dapat gak.. cuma e-kad je yg member2 emailkan la hehe..

Anonymous said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Hafidzah Hafidz said... [Reply to comment]

tomei pantun tu..pantun lama2..hehe..old skull.. =) nice