Lukisan Kain Putih..




Orang kata hidup ini ibarat kain putih..kita diberi kain dan diri sendiri yang menentukan corak dan warna lukisan di atas kain itu..so apa motif saya bercerita mengenai kain hari ini..?


Bagi saya..saya mungkin bukan lah pelukis yang baik..hidup saya tak lah begitu berwarna-warni mungkin paling banyak pun warna hitam dan merah saja sebab hidup saya agak mendatar atau flat orang kata..eh..mungkin ada pink sikit kot sebab saya gila pink..nga ha ha..


Tangan yang memegang pen warna untuk melukis juga rasanya banyak dibantu oleh orang lain yang sentiasa membantu saya kerana jujurnya saya bukan seorang yang pandai membuat keputusan dan pilihan sendiri kerana keputusan yang dibuat selalu berasaskan pendapat orang lain..


Lukisan hidup saya juga lebih banyak yang bergarisan lurus dan berbentuk geometri berbanding ada sesetengah orang yang lukisan nya bentuk bergerigi dan bengkang-bengkok..Diakui jalan hidup saya agak mudah dan saya seorang yang hanya mengikut flow atau perjalanan hidup dan tidak pernah mengubah ketentuan..


Selagi saya hidup saya sedaya upaya ingin membuatkan kain saya lebih berwarna-warni..tapi sepanjang saya hidup 21 tahun ini saya rasa kain saya masih banyak yang putih bersih dan saya berpeluang untuk melukis dengan lebih indah lagi sekiranya usia saya dipanjangkan-Nya..


Jadi..apa warna kain putih korang pula ? :)


3 Heart Beats:

kerangRebus said... [Reply to comment]

hurm..sy plak xreti lukis..tapi suke lukisan yg colorful~~utk kehidupan sediri..sy gemar melukis sendiri jalan hidup saya, corak dan warna saya tentukan..kalau org bagi pendapat sy leh terima, cume lemah bila org kritik apa sy lukis..sy mudah mengubah lukisan sy bile orang mengkritik lukisan sy~~tapi bukan mengubah mengikut citarasa orang tu, tapi mengubah kepada lukisan lain yang masih juga citarasa sy :)

misSbLurRy said... [Reply to comment]

lukisan saya tungang langang...macamana tue?tapi tak kisah, susah macamana pun dan senang macamana pun tetap kene harungi...

btw, macamana kita lalui perjalanan itu, kita akan nampak kekuatan fizikal mental kita di mana

jangan cepat mengalah...yeah

Anis izyan Abd Rahman said... [Reply to comment]

aku ade bnyak rama2 ware warni
hahah
taik burung pon ade bersepah sepah jugak!
hihih