Deco Bersama Zuhanis.. !! ha ha



Hari ini aku hasil koloborasi bersama mak dan adik akhirnya kami telah berjaya menghasilkan merubah penampilan tudung saji tempat kita tutup makanan yang selalu nya dull,bosan dan tak menarik kepada suatu hiasan yang cantik dipandang mata..


Serious cara dia sangat mudah..jom sini aku akan ajarkan dalam rancangan Deco Bersama Zuhanis macam mana nak menghias tudung saji korang supaya lebih menarik..ha ha..so lepas ni boleh lah korang cilok tudung saji kat dapur tu hias-hias sikit berseri gak dapur rumah korang kan..


Benda-benda yang diperlukan untuk menghias tudung saji :


a) tudung saji ( pelbagai saiz)
b) reben ( warna bergantung kepada kreativiti )
c) gam uhu
d) renda ( kalau bajet tinggi boleh lah guna renda yang berglitter agar hasilnya nampak lagi cantik..



Cara-caranya :

a) Korang selitkan reben pada lubang di tudung saji..corak dan cara menyelit tu bergantung kepada kreativiti masing-masing..

selit macam ni lah lebih kurang..he he


Tudung saji separuh siap


b) Kemudian gam hujung reben yang berlebihan dengan menggunakan gam uhu supaya nampak lebih kemas..


Proses Menggam reben


c) Bila sudah kemas,lekatkan renda di hujung tudung saji tadi agar nampak lebih menarik bergantung kepada kreativiti korang..




d) Tadaa..tudung saji berwajah baru sudah siap..wink wink..


Lebih cantik lah kan kalau nak dibandingkan dengan tudung saji yang asal..he he..siapa yang berminat boleh lah mencuba di rumah..sangat cepat dan mudah dan dalam beberapa jam dah boleh siap satu tudung saji yang cantik dan menarik..


Selamat Mencuba !!


p/s : Memang gaya seorang suri rumah betul aku ni..ha ha :p

18 Heart Beats:

zazaw said... [Reply to comment]

theee
makcik zazaw pun sukee wt cm tu gak (:

Zara Irhan Affendi said... [Reply to comment]

waah~ kreatif! cik zara sukeee.. hehe

Anwar Faiz said... [Reply to comment]

tudung saji jadi lawa! kreatif~

padle said... [Reply to comment]

fuyoo...dasat2...nk try buat la nnt..

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@zazaw

oh ye ke..same lah dengan mak saya..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Zara Irhan Affendi

sy pun suka jgk..hee

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Anwar Faiz

kreatif eh..tq2..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@padle

bagus2..wat lah nanti..ha ha

Miss Yaty said... [Reply to comment]

wah kreatipnya zuhanis...lawa :)

CIK TOM said... [Reply to comment]

wah menarik+cantik!

shapoji said... [Reply to comment]

eh kreatif lah ko zuhan, kan cantik jadi tudung saji tuh.

Pinky Pixie said... [Reply to comment]

kreatip!

rajin!

hehe. xreti yt nak deko2 ni. huhu.

eesyaheera said... [Reply to comment]

kau buat ke ni? gila rajin. haha.

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Miss Yaty

sebenarnya mak yg kreatif sy tolong je..hee

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@CIK TOM

tq2 cik tom..hehe :)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@shapoji

ahaha..ko pun pe kate g buat kat tudung saji rumah ko..

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@Pinky Pixie

xreti gak..ni pun tolong2 mak je..hehe

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@eesyaheera

ahaha..mak aku yg wat aku tolong je..

tu lah surirumah sepenuh masa lah kata kan..haha :p