ISU KAMPUNG : Nombor Ekor



As salam..


Entah lah aku rasa fenomena ni dah berlaku lama..alah walaupun dah terbukti main nombor ekor ni haram tapi aku tengok ramai lagi Melayu Islam yang buat..


Aku menulis sebab aku rasa benda ni dekat dengan sisi hidup aku..eh aku tak pernah beli ok..tapi aku pernah tengok..ada orang sekampung aku sanggup redah hujan  ribut petir segala naik motor..yang tak ada motor pulak sanggup naik bas..semata-mata nak beli nombor ekor tu dekat bandar..


Pernah juga aku tengok ada yang berjaya menang first prize ke hapa (yang bab ni aku tak arif sangat) lepas tu duit tu buat beli makanan untuk family..terus buat beli motor..kereta baru..bawak pusing-pusing keliling kampung.aku tak faham apa perasaan dia orang bangga ke hapa beli motor hasil duit haram macam tu..


"Bermain nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya haram. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya.Keadaan ini tidak mengubah hukum haram menjadi halal. wang dari sumber yang haram jika disedekahkan atau didermakan tidak akan mendapat sebarang ganjaran di sisi agama

sumber : SINI

 
Kadang-kadang nak tegur pun masalahnya yang buat tu bukan nya budak-budak lagi semua dah bapak budak pun ada..kita sendiri dah besar panjang nak fikir isu halal haram ni..bak kata Nabil..Lu PK la Sendiri.. :D

2 Heart Beats:

Cik Ezy said... [Reply to comment]

xbrkat idop dgn duet aram..
isk..
mtk jaoh sume tu..

NARDtheNERD said... [Reply to comment]

nak kaya taknak berusaha..
cam tu la..
huhu..
:)