KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana  Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi  pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin  berkata,  kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang  terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan  pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung  Malaysia boleh mengundang bencana tersebut. 
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di  Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada  retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan  gempa bumi. 
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia  akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak  dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana,  Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia  (UKM).
PiEs : Apa yang berlaku bawah tanah retak ke merekah ke kita tak nampak dan tak tahu..tapi apa-apa pun mintak dijauhkan lah..amin..


 
5 Heart Beats:
mtk dijaohkn la dgn bencane2 ni..
uih bahaya ni... mekasih sebab share... kena wat latihan gempa bumi macam ni!
hrp2 x terjadi lh bencana kat negara kita nie kn.....
yang boleh cuma mintak dijauhkan saja lah..
mitak2 di jauhkan...amiin..
Post a Comment