Koc Pink Tu Untuk Wanita..Lelaki Kenapa Nak Masuk Jugak Dalam Tu EHH..?



As salam..



Semalam aku berjaya pulang ke rumah (Perak) dengan menaiki komuter dari Batu Tiga- KL Central - Tanjung Malim..lama weh perjalanan..sepatutnya kalau aku naik bas dari KL ambil masa 1 jam je tapi akibat naik komuter..terus perjalanan jadi 2 jam..grr..sebab dah nak malam je aku terpaksa naik komuter tu..



Eh tapi bukan tu yang aku nak cerita..sepanjang perjalanan aku menaiki komuter yang secara total mengambil masa 2 jam 30 minit..aku confirm akan masuk dekat koc wanita tu..rasa wangi dan selamat je bila duduk dalam koc tu..ha ha..



Yang buat aku panas hati dan bengang..masih ada spesies lelaki dalam koc tu..aku tak paham dia orang tak nampak ke apa logo dengan pelekat yang terpampang gila besar kat luar koc tu..





Yang paling aku tak boleh tahan..lelaki ni kalau setakat masuk tak apa..ni boleh siap duduk bersenang lenang..sedangkan masa tu masih ramai perempuan yang berdiri (termasuk aku)..gila tak gentleman..okay mungkin dia sakit gout ke apa tak boleh berdiri lama-lama..tapi tolong lah bagi seat kat perempuan lain yang lebih memerlukan kan..



Lelaki sepatutnya aware lah pasal benda-benda macam ni..tapi aku pernah tengok pak guard (terima kasih pak guard) halau lelaki-lelaki yang menyemak dalam koc pink tu..rasa nak gelak kuat-kuat dalam hati dan cakap " PADAN MUKA KAU ! "




Dari luahan hati pengguna komuter sejati :)



11 Heart Beats:

faraa halim said... [Reply to comment]

iee laki x malu ke msok koc pmpuan??

iQBaL HaSBuLLaH said... [Reply to comment]

saya penah ternaik koc wanita jgk,but after 1 stesent saya turun sbb perasan.
just think positif dengan lelaki 2,maybe dia segan ramai perempuan sampai xsedar tanda koc wanita.benda ni biasa berlaku untuk orang yang penyegan,xperasan keadaan sekeliling.
Semua rasa xpuas hati sebab tengah letih tp kalau ikut kan,koc wanita untuk kesenangan wanita dari diraba semua,lelaki 2 xda buat apa2 kira boleh la dipertimbangkan.
bukan nk backup lelaki 2,just be more tolerance.

:)

zuhanismohamed said... [Reply to comment]

@iQBaL HaSBuLLaH

ok..sorry if my entry terlalu meng'back up' perempuan..

mungkin sy akan lebih tolerance lepas ni..walaupun sikit perasaan xpuas hati tu masih ada kot :)

Firdani said... [Reply to comment]

hahaha..mmg kelakar la..tp kesian gk la..kn stgh laki 2 mmg x perasan 2 koc pmpuan..then ble kna perli trus je wt muka ksian n blah..

AIMAN said... [Reply to comment]

gelak kaw2 baca entri ni sebab penah terjadi kat sy.. naseb baik masa tu dgn sorg lagi kawan. masuk je, semua pmpuan pndang pelik.. then baru taw koc wanita..pastu apa lagi, keluar terus. hahah. siyes x perasan logo tu.. maybe lepas ni pihak komuter kena besarkan logi tu

farhanaafri said... [Reply to comment]

huhu.. same lar luahan kita.. penah gak post pasal nie.. xpaham naper mereka (lelaki) maseh xpaham2.. dah tuh, bole duduk wat muka selamber.. adusss~

hamzah ian said... [Reply to comment]

gua pernah tersalah masuk la... hahahaha

eesyaheera said... [Reply to comment]

tak baik lah kau. memang semua laki dalam koc perempuan tu sakit gout la. haha

ferra said... [Reply to comment]

huhu a'ah i pon baru pasan last month. tp its good u know. at least pompan can avoid kes2 meraba pnggung and tuut tutt. keh3. tp yg xbest tuh, kalu kapel cmne? need to be seperated gak ker?

shereena said... [Reply to comment]

btul!geram sgt2 dorang nie..yg paling x leh tahan kebanyakan yg masuk dlm koc wanita 2 adalah mat bangla!sengal kot.

CIK TOM said... [Reply to comment]

pelah lelaki tue dah la msk koc wanita..duduk plk tue..mmg xleh harap betul..