Showing posts with label i am a student. Show all posts
Showing posts with label i am a student. Show all posts

Goodbye HTAR !










Now, I know most of the psychotic drugs, the signs and symptoms, different type of the diagnosis of the psychiatric diseases and bla bla bla. Yes, learning based on the practical and experiences is far far more valuable than learning based on the theory :)



Tak Suka Tapi Dah Terpaksa..



Ada banyak situasi macam ni kan ? hehe.. bila buat suatu benda..yang serious kita tak suka buat..tapi nak tak nak dan sebab dah tak ada choice lain..dengan redha dan rela hati terpaksa jugak la buat kan sambil tersenyum dan cakap SABAR LA SABAR LA kuat-kuat dalam hati..




Ada macam-macam contoh situasi..contohnya :




Situasi Satu


Bila ada orang yang kena buat research dan kena masuk lab yang dia tak minat sangat dan menyusahkan..dia tak suka pun..tapi dah terpaksa..redha jelah buat segala kerja lab yang tak seronok tu paksa dalam rela..




Situasi Dua


Bila ada orang yang tak suka menunggu..dan dia memang benci menunggu..tapi disebabkan dia perlu jugak naik bas dan pernah tunggu hampir satu jam setengah tengah panas tapi bas tak nampak batang hidung jugak..memang panas lah hati orang tu..




Situasi Tiga


Bila ada orang tak suka dan memang tak boleh terima subjek Fizik yang dia kena belajar..tapi nak tak nak..dia terpaksa jugak belajar subjek tu kalau dia tak nak fail dan tak nak ambil repeat paper..




Situasi Empat


Bila ada orang terperangkap dalam cinta yang dia sendiri tak berapa rela..tapi mungkin atas alasan kesian..harta atau bla bla bla..jadi nak tak nak dia terpaksa meneruskan relationship walaupun dengan tak sepenuh hati..




Situasi Lima


Bila ada orang yang sebenarnya dah kering idea untuk menulis..tapi akhirnya tangan nya masih terus menaip..walaupun sebenarnya dia merapu je dalam entri dia..kan kan..akhirnya terhasil la entri merapu macam ni.. :p




Banyak lagi situasi lain..korang pulak macam mana ? pernah tak jadi situasi suka terpaksa macam gini ? hehe..situasi di atas hanya rekaan ok..ada sesetengah je yang kena dengan diri sendiri..oppss !!


Habis Exam Terus Start Latihan Industri ? =.=



As salam..



Woih..saya dah habis exam tadi ! wii..ha ha..walaupun ending exam ni hampagas dan hancuss sebab last paper tetiba keluar disease pelik yang aku tak pernah dengar..siap suruh define dan bagi simptom..sory la memang sah-sah burn banyak markah kat situ..isk isk..



Senang kata rumusan untuk exam sem ni : ANDA BAKAL HANCUR.. =.=



Banyak subjects tak reti jawab..bukan tak study entah lah tak ada rezeki kot..aku target lain benda lain pulak yang keluar..kurang luck sikit sem ni..mungkin patut try tilik nasib untuk sem depan..ha ha..



Aku sekarang berada di Ipoh..sewa rumah dengan 3 kawan aku yang lain..esok dan dua bulan seterusnya akan buat latihan industri kat Chemor..entah jadi apa lah esok..aku tak ready sangat lagi sebenarnya..



Dah lah tak sempat ganti tidur sebab study semalam..penat sebab dua minggu jadi zomba..esok kerja masuk 8.00 sampai 6.00 petang..lamaa oii..kot kena berdiri 10 jam tu mahu krem pulak kaki ni..



OKAY lah..ngantuk sebenarnya tapi update jugak lah sekejap..sorry entry BOSAN ya amat..goodluck kawan-kawan untuk LI esok..



Mmuahh..he he :D

Good Luck ! Saya BUSY BUSY BUSY !



As salam..



Nampak nya blog ini akan terabai mulai hari ini hingga habis last paper saya nanti ( 8.5.11)..dah mula rasa gelabah bila tenung nota yang tinggi menggunung tapi tak sempat nak baca lagi..bila tengok nota suci bersih tanda nya tak sentuh lagi.. T_T



First paper akan start pada 26.4 nanti..ada lagi dua hari untuk berusaha selagi boleh..pernah rasa nak give up tapi hey mana boleh mengalah cepat sangat :)



To kawan-kawan sekelas yang bakal menduduki exam..GOOD LUCK untuk kau orang semua..dan untuk student2 lain sebab ye lah sekarang kan musim exam..GOOD LUCK tuk kau orang jugak..berjuang lah hingga ke titik penamat ! peh semangat gila..



Sambung belajar..tarik nafas..hembus nafas..GO !

Planner Yang Tak Terplan !



Sila abaikan backround dekstop itu :p


Nak beli planner malas..last sekali dekstop dah jadi planner tak bertauliah..ha ha..itu tugas baru sampai minggu depan..belum campur kerja yang kena siap dua minggu akan datang lagi..$*&%#


Tahu busy..memang busy..tapi kenapa kau seronok-seronok online lagi ni..huih..

Wishlist Tertunda 22 Tahun Mungkin Akan Tercapai !



Salam..lama eh aku menghilang..tadaa..aku muncul kembali ni..sila eksited ! :p he he


Kalau nak tahu ini lah impian aku selama ni..22 tahun beb aku duduk berangan benda ni..at last mungkin jika tiada aral melintang mungkin tercapai jugak wishlist aku yang satu ni..


Sila jangan ketawa okay..aku serious ni..wishlist aku sejak dari sekolah rendah ialah ingin melalui Jambatan Pulau Pinang tu ! he he..


Betul memang sejak dilahirkan aku tak pernah pijak Pulau Pinang dan sekaligus memang aku tak pernah lalu dan nampak langsung jambatan tu depan mata kepala aku sendiri..grr..sadis eh..tu lah dulu ada rombongan sekolah rendah pergi Penang aku tak mahu ikut..aih..


Dan dulu reason utama aku bila apply matrikulasi aku letak Matrik Pulau Pinang sebagai first choice hanya disebabkan reason tu..tapi tak kesampaian pulak nak belajar kat sana..nampaknya tiada jodoh antara aku dan Pulau Pinang..ha ha..


Jambatan Pulau Pinang


Penang Bridge here I come !! poyo kot..


HabisdahniBai :)

Now I Officially A Hovidian ! ha ha


Yi haa..akhirnya..petang tadi aku menerima satu panggilan henpon :


"Awak diterima untuk buat industrial training di Hovid Berhad"

Apekah..? company apa tu ? eh aku belajar dalam industri ubat-ubat jadi sah-sah lah aku kena buat latihan industri di kilang ubat-ubat juga..he he..


    Ini product Hovid..korang pernah jumpa tak ? hee


Dulu setelah sebulan jiwa ku merana akibat takut lamaran ku untuk company ni direject fuh fuh naseb baik di accept juga..syukur juga sebab tiga kawan yang kain yang apply di tempat yang sama pun diterima juga..tak lah aku lone ranger kat sana nanti..



map sent by Hovid staff


Masalah nya sekarang aku bukan orang Ipoh..dan aku memang tak familiar langsung dengan peta ni..kat mana tempat ni..? huh..


Tak pe lah janji dah dapat..hal lain pikir akan datang pulak..settle satu masalah sepuluh masalah pulak yang mendatang..


Esok kena attend talk straight dari 8.30 pagi sampai 3.00 petang..grr..jangan aku tidur masa tu sudah lah...he he..


Okay lah..goodnight bloghearts!
 

Diary Extended - With Jodie -



dia cuba nak jadi model tapi pemalu ya amat..ha ha


Untuk menonton edisi khas diary extended Hey Ladies bersama Jodie..sila klik blog group kami ya..hee




Blog Members kami terdiri dari :

SAYA
EESYAHEERA
ANIS IZYAN
NURUL AIN
AFZAN RAIHAN IZZATI
ZULAIKHA


Let's visit us :)

Motif Aku Belajar..




Salam..



Okay ada gap 7 hari untuk exam seterusnya boleh lah aku tarik nafas lega panjang sikit..tarik nafas..hembus nafas...ahhh..eh..tak..tarik nafas tak boleh panjang sangat sebab lepas ni paper killer bakal menjelma lagi..semua paper aku semester ni memang paper membunuh pun..dengan aku-aku terbunuh sekali dah..aih..


Welcome Cardiovascular System and Biotechnology..two papers more to go..after tu boleh enjoy..nga ha ha...tapi sebelum enjoy kena bersedia untuk muntah-muntah sambil baca nota dulu..


Selalu tertanya-tanya..sambil tengah belek buku..apa motif belajar sebenarnya?


Kenapa bila nak final baru terkedek-kedek nak baca nota buku segala lepas tu tahun depan bila lecturer tanya balik lupa sudah..


Sebenarnya sekarang kamu belajar sebab nak lulus periksa je..mengaku je lah.. :p





Nota Exam..




Nota untuk Pharmacognosy..



Vernacular name : Turmeric (kunyit)
Latin name : curcuma domestica
Family name : Zingiberaceae
general structure : diaryl heptanoid ( curcumin )
Part of use : rhizome
Main use : anti-inflammatory,choleratic



Vernacular name : Woman-of-the-meadow ( meadowsweet)
Latin name : filipendula ulmaria
Family name : Rosaceae
General structure : benzoate derivative ( salicylic acid )
Part of use : flower
Main use : analgesic and antipyretic


Vernacular name : Big flowered Java tea ( misai kucing )
Latin name :Orthosiphon aristatus
Family name : Lamiaceae
General structure : Cinnamate
Part of use : leaves
Main use : diuretics and kidney-bladder disorders


Baru tiga jenis tumbuhan..kena hafal dekat seratus tumbuhan lagi..selamat berjaya T_T


Goodluck !




Untuk semua mereka yang bakal menempuh peperiksaan tidak lama lagi..saya ingin mengucapkan Selamat Berjaya..Goodluck..!!


Dan bagi mereka yang bakal menjalankan aktiviti study ' last minute ' akibat kelalaian semasa di awal-awal sem..jangan risau..anda masih belum terlambat..goodluck juga saya ucapkan untuk anda..selagi ada masa..study lah anda dengan segigih-gigihnya.. :)



p/s : hidup digelumpangi notes !




Gaya Study Anda..?



Wuhuu..pekaba yop yong semua -oh no..keluar sudah bahasa perak aku.. :p -


Aku menulis ini di kala aku tengah sibuk menelaah subjek Finance yang masya-allah betapa aku tak suka subjek ni..sempat juga kau tulis entry ni ya..yelah..tapi nak tak nak aku kena belajar juga lah sebab aku tak rela failed tuk paper ni..isk..kenapa budak farmasi kena ambil subjek ni sampai sekarang aku tak faham..lain lah kalau aku student Business
lain cerita lah...aih..


Eh..


Berbalik kepada tajuk..macam mana gaya korang belajar ek..hehe..ye lah..tiap-tiap orang gaya atau teknik belajar masing-masing..ada yang belajar wajib dengar lagu..earphone melekat kat telinga sepanjang masa..ada yang gigh belajar sampai bertapa dalam bilik tak keluar
-keluar..berak kencing semua dalam bilik ke apa..hehe..ada yang bila belajar kena duduk atas meja..tak boleh baring ke meniarap ke..tak fokus katanya..


Jadi senang kata nak belajar tu ikut cara diri sen
diri lah..mana yang selesa..Kalau tanya aku..apa cara aku..? aku pemalas weh adik-adik jangan tiru gaya kakak ya..hehe..


Cara aku simple..baring ke duduk ke apa ke set j
e..bila badan dah lenguh aku ubah lah posisi belajar aku..haha..gila tak skema kau :p aku agak tak suka dengar lagu sambil belajar..sebab nanti aku galak menyanyi sampai aku lupa apa yang aku baca tadi..ngehngeh..


Eh..lagi satu..yang aku cerita tadi bila belajar bertapa dalam bilik tu memang lah cara aku..opps..bila belajar memang aku tak keluar bilik satu hari duduk memerap je lah sampai house-mate komplen tak nampak muka aku satu hari..tapi berak kencing aku keluar lah pergi bilik air ya :p hehe


runsing ni oi !


Apa aku membebel ni..ada ke orang yang gigih baca aku membebel panjang-panjang selama ni..kalau ada terharu jugak lah aku..hehe :)

Oklah..Bai !!

Draft Final Exam Keluar Sudah T_T




Oho..sedar tak sedar..final exam datang lagi - buat nada iklan Tora datang lagi -


Mak ai..gile lah..banyak lagi tak baca..tak paham..kesimpulannya lebih banyak tak daripada ya.. :(


Bila entah perasaan nak gigih belajar tu nak tiba..harap saat itu datanglah kepadaku dengan segera..aku sangat merinduimu..


26/10/10 (2.15 PM- 5.15PM)
FIN420 ( FINANCIAL MANAGEMENT )


28/10/10 (9.00 AM - 12.00 PM)
PHR501 ( PHARMACOGNOSY )


30/10/10 (2.15 PM - 5.15 PM)
PHR500 ( DRUG DELIVERY SYSTEM II )


03/11/10 (9.00 AM - 11.00 AM)
PHR502 ( RESPIRATORY AND RENAL SYSTEMS AND PHARMACOTHERAPEUTICS )

10/11/10 (9.00 AM - 11.00 AM)
PHR503 ( CARDIOVASCULAR SYSTEM AND PHARMACOTHERAPEUTICS )


12/11/10 (8.30 AM - 10.30 AM)
PHR504 ( PHARMACEUTICAL BIOENGINEERING AND BIOTECHNOLOGY )



Oke..mungkin lepas ni makin busy..oh no..isk..ramai-ramai mari wish good luck kat saya..hehe..musim ulat buku bermula T_T

MyPSA..



Salam..konnichiwa mina-san..


Disebabkan dah berjanji dengan room-mate untuk bantu dia promote kan MyPSA ( Malaysian Pharmacy Students Association ) kat blog..so I buat lah entry ni khusus untuk promote kat korang-korang dengan kewujudan MyPSA ni..


MyPSA ialah satu pertubuhan yang diwujudkan untuk semua Pharmacy's students seluruh negara dan telah diwujudkan pada 2006..


Actually pertubuhan ni aktif juga dan ada mewujudkan banyak aktiviti khususnya untuk pelajar Farmasi..


Jadi kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MyPSA boleh melawat laman web ini..http://mypsa.webnode.com/about-us/

p/s : aku dah promote ni..tak ade habuan ke ro0m-mate..hehe :p


Oh No..



Hola..


Oh no..cuti dah habis..menangis kuat-kuat dalam bilik air..hehe..itu tipu..saya tak de la sesadis tu sampai nak menangis dalam bilik air..ingat ni zaman saya form 1 ke setiap malam menangis kat atas katil hostel masa orientasi :p


Hilang sudah nikmat tidur boleh bangun lambat setiap hari..hehe..nikmat makanan best setiap hari..macam-macam lagi lah..aih..


Di sini mula berfikir macam orang gila..ala..konon nya rajin belajar sangat lah tu..buekk..memang saya pemalas..tapi nak tak nak kena berfikir juga sebab kerja menimbun test banyak final dah nak dekat dengan benda-benda apa ntah lagi..huh..bosan betul entry ni..


Goodbye dunia RELAKS..kita akan bertemu lagi..mungkin satu masa nanti..mode sedih sambil pasang lagu Goodbye dari Jang Geun Suk.. :(






P/s : Ini hebat..susah nak tengok wa tempek gambar besar kat cik belog wo..haha.khusus untuk peminat-peminat wa diluar sane..buekk..perasan..hehe..ini gambar dari hp baru wa..peewit peewit..ngengeh :)

Ee..Serabut Tahu!!




AMARAN


Entry selepas ini mungkin hanya boleh difahami atau di mengerti dengan jelas oleh segelintir orang sahaja terutamanya beloved coursemates..housemates..dan lecturers..-gila..ada ke lecturer baca blog kau..haha -


********************************************************


Kusut gila..itu situasi yang sesuai untuk menggambarkan keadaan saya ketika ini..dan saya tahu kawan-kawan lain pun rasa serabut yang sama..


Hari ini dalam sejarah sebab baru tersedar kau rupa-rupanya dah dalam third year..mengaku sebelum ni memang tak berapa nak sedar..isk..


Dialog lecturer yang kerap diucapkan dalam kelas.." yu ol sekarang sepatutnya dah third year kena aplikasikan ilmu-ilmu yang yu ol dah belajar since Part 1..semua tu amat berguna sekarang..bukannya lepas belajar habis exam terus lupa semua yang yu ol belajar tu.." -dialog ini diedit sikit..tapi intipati dia lebih kurang tu lah..hehe-


Pehh..pedas..sepatutnya segala ubat dah dalam tangan..sebut je nama dah tahu segala fungsi side effect dan segala..tapi haram semua pun lupa kot..habis exam bungkus notes dengan ilmu-ilmu tu kau bungkus sekali..bagus..


Dengan runsing dengan hal nak practical kat farmasi mana, dekat kilang mana,hal research lagi dan masalah-masalah lain memang merunsingkan..haishh..


Bagus nya dapat kembali ke zaman lampau..yang aman..tenang..penuh foya-foya..hehe..Doraemon..ayuh datang kepada ku dan tunaikan hajatku.. :p


Bizi Betul..


Kali ini nak cerita hal kehidupan realiti sikit..saje nak mengadu..hehe..

sekarang saya sedang melalui proses penat dan sukar..hari-hari dilalui sebagai student sangat busy dan memenatkan..haishh..

kronologi kisah letih :

a) 12 Ogos ( hari ini)

melalui test Biotechnology yang memang tekno habis soalan nya..secara total..hancus..total marks yang ditarget..20/50..

b) 13 Ogos ( Jumaat )

Lab tablet after attemp kali keempat..siud gila asyik gagal je wat tablet sampai abang lab tengok muka kitorang dah naik muak :p

c) 14-15 Ogos ( Sabtu dan Ahad )

Dua lab report yang perlu disettlekan dan perlu dihantar minggu depan..

c) 16 Ogos (Isnin )

Dimulakan dengan presentation Biotech lagi yang sure akan dibombart habis-habisan oleh lecturers dengan soalan-soalan yang hangat lagi pedas gitu..duh..seterusnya test Respiratory dengar kata ada 100 questions yang boleh wat gua kena asthma yang cronic..isk..

d) 17 Ogos ( Selasa )

kelas yang sepatutnya tiada telah diadakan akibat kelas ganti hari raya..adeh..

dan begitulah hari-hari seterusnya..tiada nokhtahnya..haha..

baiklah..akibat busy sedikit aktiviti blogwalking pun tak dapat dijalankan akibat tiada masa..maaf jika tak dapat membalas kunjungan korang yang datang belog saya..



babai semua..selamat berbuka puasa..tarawih jangan tak pergi okeh :)
-
-
-
-
-

oppss..tiba-tiba gedik nak tempek gambar sendiri..haha..sekarang dah ada perubahan baru..apa dia..??

tengok kat bahagian hujung bawah gambar..saya sekarang dah pakai kad matrik pergi kelas..uhh..nampak nerd pulak..hehe..dulu apetah nak pakai kad matrik nak bawak pun tak pernah..ini semua akibat pak guard UiTM yang nyaris nak menyaman saya akibat tak pakai kad matrik :p


jom pulang..


okay..entry hari ini pendek..juz nk mengumumkan esok akan pulang juga ke tanah puncak alam yg dirindui..huh..nak xnak kene kembali jgk..walaupun dlm hati meronta2 xmahu pergi..sehingga saat ini masih belum pack barang ape2 pun lgk..esk pg b4 balik pun smpt pack kot..ha3..


nanti sy dah xboleh bgn lambat smpai matahari tgak atas kepala lgk..kne bgun awal..malam2 bersengkang mata stdy lah konon..sebnarnye xpun..bersengkang mata sbb online xpun layan citer korea smpai pagi..sungguh xbermoral aktiviti 2..

next sem nekad xnak ponteng klas lgk..wlaupun setiap sem pun pasang niat mcm 2 stiap kali b4 bukak sem baru..ha3..nk menggigihkan dri hadir ke klas prof weber dan alert dgn nota2 + chemical structures yg complex 2..so xlah bile da last minute bile esok exam trtnye2 ape sbenanye yg prof tulis dlm notes dy 2..ha3...bile brangan mmg la snang..tp kang masuk klas xdenye jdk macam 2..ohh..

so kne start lah packing barang kejp lgk..finally..da msk sem 5..uhh..hebat 2..sedar x sedar cpt je masa berlalu..gudluck tok semua student yg akan memulakan pengajian korg smula..blaja sungguh2 okay..jgn byk main2..mcm nasihat nenek kpd anaknye plak..ha3..

okeh la..out..